Gaya HidupKesihatan

Diet Detox: Betul-Betul Berkesan Ke?

Mereka yang mengamalkan diet semestinya tahu yang terdapat pelbagai jenis diet yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Ada yang cuba diet Atkins, diet vegetarian, diet makanan mentah dan yang paling popular sekali adalah diet detox. Ramai yang memilih diet detox kerana bagi mereka, ini yang paling mudah dan cepat. Tetapi adakah semua yang dikatakan itu betul?

Berikut adalah beberapa pertanyaan yang telah dijawab oleh Dr Mohd Arshil Moideen mengenai diet detox:

  1. Adakah rejim detox ini akan membantu menurunkan berat badan dan membersihkan hati saya?

green-tea-detox-diet

Detox membantu kebanyakan orang yang menggunakannya untuk berasa lebih bertenaga dan membantu dalam pencernaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, tiada bukti-bukti sahih yang boleh menyokong penggunaan rejim detox dalam penurunan berat badan.

Namun begitu, walaupun tanpa sebarang ujian klinikal, terdapat banyak kesan-kesan positif yang telah dilaporkan oleh kebanyakan yang menggunanya. Hakikat bahawa teknik ini mudah dan 100% semulajadi semestinya akan membantu anda berasa lebih bertenaga dan juga membantu dalam penghadaman.

 

  1. Apakah penjelasan yang diberikan oleh mereka yang memihak kepada rejim Detox sebagai langkah penting dalam mengurangkan berat badan?

green-smoothie

Jika anda memilih untuk mencuba dan percaya dalam proses detox sebagai salah satu daripada langkah yang penting dalam proses anda menurunkan berat badan, anda perlu melakukannya sebelum anda mula berdiet. Untuk menurunkan berat badan, anda perlu membersihkan badan daripada toksin. Ramai orang tidak mengambil langkah ini dan akhirnya gagal dalam usaha mereka untuk mengekalkan penurunan berat badan.

Anda perlu membersihkan hati anda terlebih dahulu kerana  selama ini, badan anda telah mengumpul toksin dari makanan yang diproses, pencemaran dan bahan kimia dalam alam sekitar dan ini adalah apa yang menghalang anda daripada mengurangkan berat badan semasa diet. Kunci untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membersih hati anda untuk mendapat metabolisme badan jangka panjang.

  1. Jadi apa yang perlu saya buat untuk detox badan saya?

 green-blog-detox-fork

i. Mulakan dengan mengelakkan semua makanan yang diproses seperti makanan segera (KFC, McDonald, Pizza Hut.), makanan dalam tin, makanan yang diproses menggunakan bahan kimia, pewarna dan bahan pengawet.

Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan daripada sisa racun perosak dengan betul. Makan makanan organik yang tidak diproses atau semula jadi seperti ayam segar, ikan segar dan daging, sayur-sayuran segar dan lain-lain.

ii. Berhenti mengambil minuman manis dan minum air kosong. Elakkan gula dalam semua minuman anda. Menambah gula dalam minuman anda tidak akan membantu anda menurunkan berat badan.

Sebaliknya, ia akan membawa kepada paras gula dalam darah yang lebih tinggi dan menyebabkan sensitiviti insulin dikurangkan dan penambahan lemak. Gula yang berlebihan akan menjadi racun dalam badan anda yang akan memberi kesan kepada pelbagai organ-organ badan.

iii. Berhenti mengambil produk yang ditapis seperti garam, karbohidrat, bijirin halus dan lain-lain. Garam laut adalah pilihan semula jadi yang lebih sihat daripada garam halus yang mengandungi jumlah natrium yang lebih tinggi dan bertanggungjawab untuk Hipertensi jika diambil dalam jumlah besar dengan kerap.

iv. Anda boleh mencuba semua air detox semulajadi dengan meminum jus lemon yang diperah sendiri 3 kali sehari selama 2 minggu. Sebaik-baiknya, ia perlu diminum pada waktu pagi sebelum sarapan pagi, petang selepas makan tengah hari dan pada waktu malam sebelum tidur.

JANGAN GUNAKAN AIR LEMON YANG DIPROSES DALAM BOTOL ATAU YANG ADA GULA DALAM LEMONADE ANDA.

 

4. Saya tidak boleh minum kopi, teh atau minuman lain tanpa gula!! Apa yang boleh saya lakukan?

detox-diet
Anda boleh menggantikan gula dengan pemanis semula jadi 100% seperti Stevia atau Organic Maple Syrup. Pemanis semula jadi adalah pengganti yang lebih baik daripada gula daripada Aspartam yang dihasilkan daripada kimia.

Secara umumnya, pemanis Indeks Glisemik Rendah semula jadi adalah pilihan terbaik jika anda ingin menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemanis GI rendah (semula jadi atau tidak) yang lebih berbahaya kepada badan kita dan akan mengakibatkan keadaan yang lebih terganggu.

  1. Diet Detox semula jadi manakah yang boleh saya cuba?
Carrot with Apple and Ginger juice
Carrot with Apple and Ginger juice
  1. Vitamin B1 dan Vitamin B2
  2. Vitamin C dan Vitamin E
  3. Serat Pemakanan
  4. Jus Buah
  5. Teh Hijau Organik

Sumber: mmgazette

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button