Gaya HidupKesihatan

Berak Berdarah Tak Normal Ke?

best-sellers

Kadang-kadang najis boleh menjadi satu isu yang agak sensitif kepada segilintir masyarakat kita. Bagi mereka yang beranggapan sedemikian, hal ini seolah-olah satu perkara yang amat memalukan untuk dibincangkan dengan individu lain. Tabiat mereka yang suka ‘berahsia’ tentang hal najis ini akhirnya mengundang kesan yang tidak diingini pada diri mereka sendiri.

Berak berdarah boleh disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu:

rectal-bleeding

  1. Buasir (Haemorrhoid) yang berlaku dari pembuluh darah yang menjadi kusyen bagi bahagian anus (dubur) yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada pesakit yang mempunyai sejarah sembelit/sukar berak. Darah tidak akan bercampur dengan najis. Simptom bagi buasir adalah pesakit dapat merasakan kehadiran benjolan-benjolan (bengkak) licin di lubang dubur dan rasa gatal dan sakit di kawasan dubur.

 

  1. Divertikulum merupakan poket-poket kecil yang terdapat di serata usus besar. Pesakit sering akan mengadu sembelit untuk ke tandas, dan apabila mahu berak, tiada najis yang akan keluar, malah hanya darah yang keluar. Pendarahan yang di alami kadang-kadang berketul seperti datang haid.

 

  1. Kanser usus membawa simptom berak berdarah yang tidak mendatangkan sebarang kesakitan sewaktu membuang najis. Darah akan bercampur dengan najis. Tabiat membuang air besar juga kadang-kadang bertukar – sembelit berpanjangan, cirit beserta darah, sering ke tandas untuk membuang air besar tapi tiada (tenesmus).

 

 home-remedies-for-hemorrhoids-e1422851293352-300x336

  1. Luka di anus akan menyebabkan berlakunya pendarahan merah segar dan rasa sakit di anus. Ia juga selalunya akan berhenti sendiri.

 

  1. Polip merupakan ketumbuhan yang terdapat di sepanjang usus. Pendarahan berlaku mengikut lokasi polip, sekiranya dekat dengan dubur, darah akan menjadi semakin merah dan segar. Polip juga berpotensi untuk menjadi kanser.

 hemorrhoids

  1. Angiodisplasia adalah pembuluh darah kecil yang tidak normal boleh terdapat di seluruh kawasan usus dan boleh luka yang menyebabkan berak berdarah. Variasi jenis pendarahan dari merah segar ke kehitaman bergantung kepada lokasi pembuluh darah.

 

  1. Keradangan usus disebabkan jangkitan kuman. Pesakit akan mengalami cirit bercampur dengan darah atau najis yang lembit dengan darah.

 

  1. Ubat kerana sesetengah jenis ubat boleh menyebabkan pendarahan seperti ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.

colonoscopy

Setelah mendapatkan sejarah terperinci tentang masalah yang dihadapi pesakit, doktor akan melakukan pemeriksaan selanjutnya seperti pemeriksaan abdomen, pemeriksaan anus, dan juga proktoskopi.

Sekiranya anda masih mendapat masalah yang sama setelah mendapatkan rawatan yang sepatutnya daripada doktor, anda dinasihatkan untuk segera kembali berjumpa dengan doktor pakar bedah.

Rawatan lanjut yang membolehkan doktor pakar melihat ke dalam usus besar pesakit adalah endoskopi – colonoskopi atau sigmoidoskopi dan Rawatan susulan adalah bergantung kepada laporan colonoskopi atau sigmoidoskopi.

Pendek kata, jika masalah seperti ini berlaku kepada anda sekarang, janganlah anda sorokkan hal ini hanya semata-mata anda malu untuk berkongsi, kerana anda tidak tahu yang ini sebenarnya mungkin akan membahayakan nyawa anda sendiri.

Oleh itu, cepat-cepatlah rujuk hal ini dengan doktor anda supaya langkah-langkah keselamatan boleh diambil dengan segera.

Sumber: mmgazette

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button