Gaya HidupMakan & MinumPercutian

Anda Perlu Cuba Chicken Chop Ini Kalau Pergi Putrajaya!

Kalau sebut tentang Putrajaya, memang ramai akan tahu yang tempat itu sememangnya terkenal dengan pelbagai perkara. Antara perkara-perkara yang di maksudkan adalah seperti jambatan-jambatan yang menakjubkan, menara dan bangunan-bangunan yang gah, dan juga makanan-makanannya yang mewah. Apabila cakap pasal makanan di sana, memang tak dapat dinafikan yang kebanyakannya dijual dengan harga yang agak mahal, tambah-tambah dengan keadaan ekonomi sekarang.

Tapi, kami ada jumpa satu kedai yang jual chicken chop dengan harga yang bagi kami, sangat berbaloi! Selalunya, makanan western seperti chicken chop ini boleh dibeli dengan harga purata sebanyak RM13, tetapi di kedai ini, dengan hanya RM8, anda boleh dapat chicken chop, kuah blackpepper, dan juga kentang goreng dalam kuantiti yang sangat banyak!

img_5419

img_5673

“Chicken chop tu yang frozen punya ke?” Kami boleh jamin pada anda yang semuanya freshly made! Ini kerana, pemilik gerai itu sendiri akan beli ayam-ayam mentah itu dari pagi, membasuh, memerap, dan juga menggorengya sendiri, begitu juga dengan kuah blackpepper mereka yang sangat lazat itu. Dan kami juga berani cakap yang bagi kami, chicken chop ini boleh kalahkan ayam yang dijual di KFC!

img_5789

Kedai yang dimiliki oleh pasangan suami isteri yang sangat rendah diri ini lebih dikenali sebagai Gerai No. 5 di sekitar kawasan Presint 9. Selain daripada chicken chop, mereka turut menjual banyak lagi makanan lain seperti meat ball+fries+kuah, nasi Lemak, mee kari, mee goreng dan juga mee hoon goreng­­­­ yang tahap kelazatannya itu memang tidak dapat digambarkan – dan ya, semuanya di masak sendiri oleh tuan kedai itu!

Lokasi gerai ini terletak betul-betul berhadapan dengan tasik Flat Hijau, Presint 9. Seterusnya, apabila anda berpeluang untuk pergi pada hari-hari yang mendung dan sejuk, anda akan rasa seolah-olah berada di luar negara kerana keadaan di situ amat cozy! Jadi anda bolehlah nikmati chicken chop yang anda beli itu sambil menghayati pemandangan yang cantik itu, ala-ala orang putih gitu. Tapi jangan tunggu lama-lama, kerana chicken chop ini boleh habis dengan sekelip mata sahaja! Jadi baik pergi sebelum pukul 9 malam, jika anda bertuah, dapatlah merasa kerana mereka biasanya akan sold out sekitar waktu Maghrib lagi. Selamat menjamu selera!

img_5791

img_5785

img_5787

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button