Gaya HidupKesihatan

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuku Cekam (Cagu)

Ramai mungkin tidak akan faham kalau mereka dengar yang ada di kalangan rakan mereka yang mungkin sedang menderita dengan sakit kuku cekam ini. Apa itu kuku cekam? Sakit sangat ke?

Jika anda tanya sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya, mereka pasti akan menjawab yang sakit yang dirasai itu adalah terlampau sakit hingga boleh membuat mereka mahu menangis, menjerit dan mungkin juga takut untuk tinggalkan rumah mereka.

Kuku cekam atau Ingrown Toenails juga dikenali sebagai onychocryptosis atau unguis incarnatus. Ia merupakan satu kondisi yang sering berlaku apabila satu sudut tajam atau tepi jari kuku kaki mula mencucuk ke dalam kulit pada akhir atau sebelah ibu jari kaki anda. Ini kemudiannya akan membuat ibu jari kaki anda menjadi kemerah-merahan, bengkak dan bernanah.

aid21961-728px-relieve-ingrown-toe-nail-pain-step-5-version-4

Sekiranya kondisi kaki anda mula menjadi radang yang teruk, pendarahan atau mempunyai nanah, ini bermakna sudah sampai masa untuk anda pergi jumpa doktor atau pakar penjagaan kaki.

Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan lain dan jika anda juga merupakan penyakit kencing manis (diabetes), kondisi ini akan menjejaskan proses penyembuhan ibu jari kaki anda.

Apa sebenarnya yang menyebabkan berlakunya kondisi ini?

ingrown-2-thumb

  1. Cara potong kuku yang salah

Memotong kuku kaki anda terlalu pendek, atau memotong tepinya, akan menggalakkan kulit untuk meliputi kuku anda dan kuku itu akan tumbuh ke dalam kulit.

  1. Memakai kasut atau stokin ketat

Ini akan meletakkan tekanan ke atas kulit di sekitar kuku jari kaki anda dan menyebabkan kulit tersepit jika ia ditekan ke kuku jari kaki anda.

  1. Kaki berpeluh

Jika kulit di sekitar kuku kaki anda lembut, ia lebih mudah bagi kuku anda untuk mencucuknya dan bercantum di dalam daging.

  1. Kecederaan

Contohnya, jika ibu jari kaki anda tersepak sesuatu, kadang-kadang akan membolehkan kuku cekam untuk berlaku

  1. Bentuk semula jadi kuku

Sisi kuku kaki yang melengkung atau berbentuk kipas lebih cenderung untuk menekan masuk ke dalam kulit.

Apakah cara yang terbaik untuk mengubat kuku cekam ini

  1. Daun Inai

daun_inai2_s

Tumbuk segenggam daun inai dan balut pada jari yang kena kuku cekam. Biarkan selama beberapa minit hingga ia kering dan bilas. Ulangi kaedah ini hingga bengkak itu surut.

  1. Daun Keembung Putih

pokokkeembung

Tumbuk beberapa helai daun ini dan balutnya pada jari yang sakit dengan plastik. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam dan bilas. Ulangi kaedah ini hingga bengkak surut.

  1. Kunyit, Daun Inai, dan Kapur Sirih

kunyit-si-bumbu-dapur-yang-kaya-manfaat

Tumbuk beberapa helai daun inai, sedikit kunyit dan kapur sirih hingga lumat, dan letak di sekeliling kawasan yang kena cagu. Apabila ia sudah kering, anda boleh ulanginya lagi sehinggalah kaki anda mula pulih.

  1. Potong bahagian yang bengkak dan ada nanah

4-19

Ini mungkin bunyi agak gila, tetapi jika anda berani dan dengan cara yang betul, jari kaki anda akan kembali pulih seperti biasa. Pertama sekali, basahkan kaki anda hingga kuku dan kulit anda mula lembut sedikit.

Kemudian dengan menggunakan pengetip kuku atau pisau yang sudah disterilkan (bebas kuman) potong bahagian yang bernanah.

Picit dengan perlahan-lahan dan keluarkan sebanyak mana nanah yang mungkin.

Kemudian pastikan anda sapu ubat yang boleh membebaskan kaki anda daripada kuman setelah itu.

Jika kesemua cara ini tidak dapat membantu anda, ianya lebih baik untuk rujuk hal ini kepada doktor anda untuk proses pemulihan yang lebih cepat dan berkualiti.

Sumber: http://www.nhs.uk/

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close