Gaya HidupKesihatan

Dua Cara Paling Berkesan Untuk Mengubati Sengat Lebah

Adakalanya kita tidak sedar kita berada dekat dengan kawasan sarang lebah tetapi jangan cemas dan beralihlah daripada kawasan itu dengan tenang. Jangan sesekali cuba untuk memukulnya , atau lari, atau melambai tangan anda padanya. Jangan buat diri anda takut, kerana jika anda semakin tertekan, semakin besar kemungkinan untuk anda mengganggu lebah di situ.

Sekiranya anda disengat, cepat-cepat kluarkan penyengatnya, kerana ia akan mengeluarkan feramon yang memberi isyarat kepada lebah lain bahawa anda adalah ancaman untuk mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka semua akan datang berkerumun anda, tetapi ia adalah satu idea yang baik untuk cepat-cepat keluarkannya secepat yang mungkin.

bee_sting_480

Apabila anda mahu mengeluarkan penyengatnya, jangan tariknya keluar dengan memegang pada hujung akhirnya kerana kantung racunnya berada di situ, jadi jika akan memicitnya, anda hanya akan membenarkan lebih banyak racun untuk masuk ke dalam badan anda. Sebaliknya, guna kuku anda (kad kredit berfungsi dengan baik juga) dan kikis penyengat itu keluar.

Selepas anda keluarkan penyengatnya, anda perlu mengubati lukanya, dan untuk melakukan itu, dua kaedah di bawah adalah yang paling senang dan dijamin berkesan:

  1. Pes Serbuk Penaik

beestingbakingsoda
Serbuk penaik adalah ubat sengatan lebah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Anda hanya perlukan serbuk penaik, dan sedikit air. Kegunaan serbuk penaik itu adalah untuk membantu melegakan bengkak, serta melegakan gatal-gatal

Cara-cara:

Tambah air yang cukup dalam sedikit serbuk penaik untuk membuat pes. Ia perlu menjadi cukup nipis supaya mudah untuk anda sapu pada kesan sengatan, tetapi tidak begitu tebal supaya ia tidak merebak ke tempat lain atau jatuh. Jika sengat itu di tangan anda, tutupnya dengan pembalut. Bilas bersih dengan air sejuk sebelum menyapunya semula.

 

 

 

  1. Lumpur

oily-mud-bodo-creek-nigeria-jan-2011-390x285

Lumpur adalah pilihan yang terbaik sekiranya anda disengat secara tiba-tiba dan bukan di rumah anda, kerana ia bagus untuk membantu melegakan kesakitan awal yang datang dengan sengatan.
Anda memerlukan:

  • Sedikit tanah (atau lumpur jika ia ada)
  • Air

Cara-cara:

Tambah air yang cukup pada tanah yang kering untuk membuat lumpur yang tebal tetapi masih mudah untuk disapu. Tutup kawasan yang disengat sepenuhnya dengan lumpur itu. Apabila anda pulang ke rumah, bilasnya hingga bersih dan biarkan ia kering.

 

 

 

Sumber: everydayroots

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close