Gaya HidupKesihatan

Kalau Nak Kekal Langsing, Sila Kahwin Cepat-Cepat

Selalunya kita dengan yang orang akan kata begini: “Biasalah, dah kahwinkan, mestilah makin berisi sikit badan ni.”

Ramai yang kata disebabkan perasaan gembira lepas kahwin itu, anda akan menjadi semakin gemuk daripada yang biasanya.

Tetapi, menurut kajian baru ini pakar-pakar telah mendapati yang rupanya dengan berkahwin, boleh membantu anda menjadi lebih langsing!

cute-happy-muslim-couple-hd-photo-3

Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas orang-orang mengidap diabetes jenis dua telah mendedahkan bahawa orang yang bujang adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang telah berkahwin.

Para penyelidik, dari Yokohama City University, juga mendapati bahawa lelaki yang sudah berkahwin mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mengalami sindrom metabolik – gabungan kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti yang merosakkan saluran darah.

Pakar-pakar ini turut berkata yang hidup dengan suami atau isteri merupakan bentuk ‘paling asas’ sokongan sosial.

Doktor telah lama mengetahui bahawa perkahwinan boleh membantu orang kekal sihat.

Mereka yang berada dalam hubungan berkasih sayang lebih cenderung untuk makan secara sihat, makan ubat, dan pergi ke doktor jika mereka sakit.

Mereka juga mempunyai tahap lemak keseluruhan yang lebih rendah dalam badan mereka (18.9kg berbanding 23.5kg).

muslim-couple1

Menurut para penulis kajian itu, yang diketuai oleh Dr Yoshinobu Kondo, menulis: “Penemuan kami menunjukkan bahawa mereka yang berkahwin dan hidup dengan pasangan mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat berat badan berlebihan kira-kira 50 peratus di kalangan pesakit diabetes jenis dua.

Sebaliknya, mereka mendapati yang memilih untuk kekal bujang merupakan satu faktor risiko untuk status berat badan berlebihan dan sindrom metabolik, terutama di kalangan pesakit lelaki.

Jadi, untuk anda-anda yang diluar sana yang belum kahwin itu, kalau mahu kekal kurus atau cepat-cepat kurus, kahwinlah cepat-cepat dengan pasangan pilihan anda itu!

Tetapi, janganlah semata-mata sebab mahu kurus, anda kahwin saja dengan sesiapa pun – pastikan anda betulkan niat sebelum membuat keputusan.

Sumber: dailymail

Show More

Related Articles

Back to top button