Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Nak Kurangkan Rasa Sakit Masa Haid? 6 Jenis Makanan Ini Dapat Membantu Anda

Ramai di kalangan wanita yang faham apakah sebenarnya yang selalu dirasai dan dialami apabila datang ‘bulan’. Jika ditanya, mereka semua pasti akan menjawab perkara yang sama – “sakit macam nak mati”.

Anda yang tidak mempunyai uterus atau tidak pernah alami sakit seperti ini, pasti tidak akan betul-betul faham tentang fakta ini.

Tetapi, jika anda boleh membantu rakan-rakan anda yang sering sengsara disebabkan sakit senggugut ini, apa yang anda boleh buat untuk membantu mereka? Salah satu caranya adalah untuk menyuruh mereka makan 6 jenis makanan di bawah:

  1. Kalsium

diary-and-fish

Kalsium adalah kawan baik semua wanita apabila mereka datang haid. Kajian telah menunjukkan bahawa ia merupakan antara mineral yang mampu merangsang tulang boleh mengurangkan senggugut dan kembung serta pengekalan air. Kalsium juga boleh membantu meningkatkan mood dan juga fokus anda. Oleh itu, ini adalah 6 jenis makanan yang anda perlu makanan untuk mengurangkan rasa sakit yang anda selalu rasa itu.

2. Serat

11 Sep 2007, Garnerville, New York, USA --- Assortment of High Fiber Foods --- Image by © Envision/Corbis

Serat mampu memastikan pencernaan anda berjalan dengan lancar, dan ini akan mengurangkan rasa kembung yang anda selalu rasa semasa haid. Antara makanan yang boleh membantu anda adalah: badam, epal, artichoke, kacang, beri hitam, biji chia, pisang kaki, keledek, dan bijirin.

3. Zat besi

top-view-1248955_1920
Haid yang berat boleh menyumbang kepada anemia iaitu kekurangan zat besi di kalangan wanita. Ini boleh menyebabkan letih, dan perubahan mood. Walaupun anda tidak mempunyai haid yang berat, untuk makan makanan yang tinggi dalam zat besi semasa mempunyai period adalah satu idea yang baik. Antara makanan yang boleh membantu anda adalah: kacang, daging lembu, coklat gelap, kambing, sayur-sayuran berdaun, kacang, biji kuaci, dan tauhu.

4. Magnesium

foods-high-in-magnesium-03-722x406
Carolyn Dean, MD, pengarang The Magnesium Miracle, menjelaskan bahawa wanita sering mengidam coklat semasa mereka period kerana ia mengandungi magnesium. Kajian menunjukkan bahawa magnesium membantu melegakan gejala-gejala PMS seperti sakit kepala dan kekejangan. Antara makanan yang boleh membantu anda adalah: avokado, pisang, kacang, coklat gelap, ikan, sayur-sayuran berdaun, kacang, dan yogurt.

5. Omega-3 dan vitamin B12

flax-seeds-oil_960
Ketidakselesaan disebabkan senggugut boleh dikurangkan dengan ketara dengan gabungan asid lemak omega-3 dan vitamin B12. Antara makanan yang boleh membantu anda adalah: telur, kacang, makanan laut, benih, dan yogurt.

6. Vitamin D

vitamin-e-625_625x350_51448348232Kajian baru telah menunjukkan bahawa mempunyai tahap vitamin D yang rendah boleh menyebabkan haid yang tidak teratur; vitamin D juga memainkan peranan dalam meningkatkan tahap tenaga, mengukuhkan mood, dan menentang insomnia (masalah sukar tidur) dan ini adalah semua masalah yang sering anda dapat apabila anda datang haid. Antara makanan yang boleh membantu anda adalah: minyak ikan, susu dan kuning telur.

Sumber: ReadersDigest

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button