Gaya HidupMakan & Minum

Rupanya Macam Ni Cara Yang Betul Untuk Potong Kek!

Selama ini, bagaimanakah cara anda selalunya potong kek anda? Berapa besar selalunya anda potong kek anda? Jawapan yang paling logiknya mestilah dalam bentuk tiga segi itu kan?

Tapi, bagaimana kalau kami kata yang sebenarnya cara anda potong kek itu adalah salah dan juga tidak baik untuk kualiti kek anda?

Kalau anda nak tahu, kita sebenarnya telah memotong kek dengan salah sudah lebih daripada 100 tahun!

wrong-way

Apa yang salah dengan kaedah ini adalah setiap kali anda membuat potongan sebegitu,  dua muka dalaman kek anda yang pada asalnya gebu dan lazat itu akan terdedah sepenuhnya kepada bahan-bahan lain. Lainlah kalau anda mampu habiskan sebji kek itu dalam satu hidangan, kaedah ini mungkin tidak akan menjadi satu masalah.

Tetapi jika tidak, dan anda sebaliknya menyimpan kek itu dalam peti sejuk, dua muka yang terdedah tadi akan menjadi kering dan basi semalaman ia berada dalam peti sejuk itu.

Jadi apakah cara yang betul untuk potong kek ni sebenarnya?

Menurut  satu rancangan Youtube oleh Numberphile ini, jawapannya datang dari isu majalah Nature yang diterbitkan pada bulan Disember, 1906. Langkah pertama yang perlu anda buat adalah dengan memotong keseluruhan kek itu kepada separuh dan keluarkan sepotong segi empat tepat yang menjangkau diameter penuh kek ini.

right-way-1

right-way-2

right-way-5

Langkah seterusnya: Tutupkan kedua-dua bahagian kek anda bersama-sama supaya tiada bahagian dalam kek anda yang lembut seperti span itu dibiarkan terdedah semalaman. Untuk pastikan kek anda betul-betul bercantum bersama, gunakan getah untuk keselamatan yang maksimum.

right-way-3

Sekiranya anda mahu makannya lagi pada keesokan hari, anda boleh ulangi cara yang sama seperti langkah pertama tadi, dan kali ini anda akan mendapat hasil kek yang masih lembut, lazat dan tidak kering. Pastikan anda kekal lakukan teknik yang sama setiap kali anda mahu makan kek anda hinggalah tiada apa lagi yang tinggal untuk dipotong.

Sumber: readersdigest

 

Show More

Related Articles

Back to top button