Teknologi

Ini Adalah 5 Cara Untuk Kuatkan Isyarat Telefon Anda Dengan Cepat!

Tidak ada perkara lain yang paling menyakitkan hati apabila anda perlu menghubungi seseorang untuk menyampaikan perkara yang sangat penting dan tiba-tiba isyarat telefon anda mula buat hal – Astaga, sakitnya hati.

Mesti anda akan rasa “apa guna aku bayar bil telefon bulan-bulan tapi tak boleh pakai?!” Apalah yang boleh anda buat untuk kembalikan semula isyarat itu dengan mudah dan cepat?

Akhirnya, sudah ada 5 cara mudah untuk anda lakukan sendiri untuk mengharungi cabaran ini:

  1. Matikan dan hidupkan semula telefon anda

restart_iphone_2x

Dengan hanya restart semula telefon anda akan menyumbang kepada isyarat yang lebih baik. Selain daripada melakukan cara ini, anda juga boleh cuba hidupkan dan matikan mod kapal terbang, dan ia akan memberikan kesan yang sama.

  1. Caj bateri telefon anda

factfictioncharging_primary-100050033-large

Jika mengalami situasi di mana panggilan dan juga mesej masuk lambat, ini mungkin disebabkan oleh bateri anda yang sudah lemah. Telefon anda menggunakan kuasa yang lebih banyak untuk mengesan menara sel apabila anda sentiasa menggunakannya. Oleh itu, caj lah telefon anda. Dengan menghidupkan mod kapal terbang akan mempercepatkan lagi proses mengecaj telefon anda hampir dua kali lebih cepat.

  1. Buka tingkap bila anda berada di dalam kereta

gallery-1441747656-cell-service-car-window

Kenderaan bertindak sebagai penghalang kepada penerimaan isyarat yang baik. Apabila anda berada di jalan raya, dengan menurunkan tingkap anda boleh menjadi satu jalan penyelesaian yang mudah untuk isyarat yang lebih baik.

4. Perhatikan kawasan di rumah anda yang memberikan isyarat yang paling kuat dan paling lemah.

nomobilesignal

Ambil beberapa minit untuk berjalan di sekitar rumah anda, dan tetapkan di manakah anda boleh dapat isyarat yang terbaik. Ini akan membantu anda menjimatkan masa sekiranya berlakunya perkara seperti ini di masa hadapan.

5. Gunakan WiFi bila ada peluang

gallery-1441747880-wifiJika anda berada di tempat awam, kadang-kadang WiFi percuma sering ditawatkan. Cuba untuk menghidupkan mod WiFi untuk membuat panggilan dan bukannya menggunakan pelan data telefon anda. Jika anda mempunyai iPhone dan anda dihubungkan kepada WiFi, anda boleh menghubungi pengguna iPhone lain dengan menggunakan FaceTime atau FaceTime audio. Dengan cara itu, anda akan dapat isyarat yang lebih jelas dan berkualiti.

 

 

 

Sumber: womansday

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker