Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Betul Ke Peraturan 5 Saat (5 Second Rule) Ini Boleh Selamatkan Makanan Anda Daripada Bakteria?

Kalau ada di antara anda semua yang tidak pernah dengar tentang peraturan 5 saat ini, ia sebenarnya berasal dari budaya orang-orang barat.

Idea disebalik peraturan ini adalah kononnya bila makanan anda jatuh ke lantai anda hanya mempunyai masa selama 5 saat untuk mengambil semula makanan itu sebelum ia “diserang” bakteria.

Namun begitu, menurut satu penyelidikan yang telah diterbitkan dalam jurnal Applied and Environmental Microbiology baru-baru ini, penyelidik beranggapan sebaliknya. Mereka mendapati bahawa bakteria sebenarnya boleh mencemarkan makanan itu pada saat pertama ia menyentuh lantai.

five_second_wide-7e64de8e593b2349a9b8fe5ea5bad711f71e1f55

Berikut adalah apa yang berlaku dalam kajian itu: Penyelidik telah menjatuhkan beberapa jenis makanan ke atas lantai termasuk tembikai, Gummies strawberi, roti kosong dan juga roti yang telah disapu mentega ke beberapa permukaan yang berbeza (karpet, lantai berjubin, keluli tahan karat, dan kayu).

Setiap permukaan itu telah dilumur bakteria jenis Enterobacter aerogenes, yang sama seperti salmonella. Mereka meninggalkan makanan-makanan itu di atas setiap permukaan untuk pelbagai jumlah masa – daripada satu saat hinggalah kepada 300 saat.

ertert546546dsgfsdgf

Berikut adalah apa yang mereka ditemui: Walaupun setiap satu daripada makanan itu telah berjaya mengambil beberapa jenis kuman itu, semakin lama makanan itu ditinggal di atas lantai, lebih banyak bakteria telah berjaya meliputinya. Dan perkara ini menjadi lebih menggelikan bergantung kepada jenis makanan dan permukaan yang telah digunakan.

Makanan yang basah seperti tembikai dan roti yang disapu mentega telah diliputi oleh bakteria yang paling banyak, manakala makanan yang kering itu mendapat kurang kuman daripada yang basah.

Selain itu, lantai yang berjubin dan keluli adalah antara permukaan yang menyumbangkan paling banyak bakteria berbanding karpet, manakala kayu berada di tengah-tengah.

1422672043402

Kesimpulannya, walaupun anda rasa yang peraturan ini amat berguna untuk selamatkan makanan yang anda sayang itu, ianya lebih baik untuk biarkan ia atau terus buangnya daripada makan mereka dan merisikokan kesihatan anda sendiri.

Sumber: womenshealthmag

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker