AntarabangsaSukan

Bekas Superstar WWE, CM Punk Kalah Di Dalam Debut UFC

‘Bukannya semua yang dirancang menjadi akhirnya’.. Itu lah yang berlaku kepada bekas ahli gusti professional, CM Punk @ Phil Brooks yang mengambil keputusan menyertai sukan ‘Mixed Martial Arts/MMA’ UFC namun kalah dalam penampilan debutnya.

Pelbagai khabar dan ramalan peminat gusti dan MMA yang mengatakan CM Punk tidak sesuai bertanding untuk sukan selasak seperti UFC, namun beliau nekad mencuba biarpun usia sudah mencecah pertengahan 30an dan tanpa memiliki sebarang pengalaman sukan MMA ini. Seperti sudah dijangka orang ramai, dia akan mengalami kekalahan kerana jurang pengalaman yang jauh berbeza.

Ramai yang mengatakan keputusan CM Punk meninggalkan WWE dan menyertai UFC satu tindakan yang bodoh, tetapi baginya ia merupakan sesuatu perkara yang dia harus lakukan biarpun ramai yang melarangnya. Dengan hanya berlatih selama 2 tahun tanpa sebarang pengalaman MMA professional, CM Punk membuktikan dia benar-benar bersungguh di dalam sukan ini. Penyertaan UFCnya hanya mendapat liputan yang hebat kerana dia merupakan bekas WWE Superstar dan ramai yang ingin melihatnya melakukan tranformasi menjadi atlet MMA seperti bekas-bekas ahli gusti profesional seperti Brock Lesnar dan Ken Shamrock.

Setelah melihat prestasi CM Punk di dalam UFC 203, ramai yang membuat andaian CM Punk akan berhenti di dalam UFC, tetapi ramai juga yang mengatakan dia akan bangun semula dan bertarung kembali kerana melihat dia benar-benar menyukai sukan MMA ini.

CM Punk kalah kepada Mickey Gall melalui ‘submission’ pada pusingan pertama di UFC 203 baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button