Teknologi

Produk Ini Lebih Berkesan Dari Beras Untuk Keringkan Telefon Pintar Anda!

Telefon pintar anda jatuh dalam air? Perkara pertama yang wajib akan orang cadang untuk anda lakukan dengan serta-merta adalah untuk letakkan telefon anda di dalam timbunan beras untuk beberapa hari bagi menghilangkan lebihan air yang masih ada di dalamnya.

453627785-e1467615091284

Walaupun tips itu mungkin berkesan untuk menangani masalah telefon termasuk dalam mesin basuh atau dalam lubang tandas, ada lagi satu item yang boleh didapati di rumah yang boleh melakukan perkara yang sama dan mungkin jauh lebih cekap dalam menarik kesemua lebihan kelembapan daripada telefon anda itu.

kak_spasti_utoplennyiy_ili_zalityiy_iphone_5_9_iz_10_foto

Untuk pengetahuan anda, pasir kucing adalah antara produk yang terbaik bagi menjalankan tugas mengeringkan telefon anda! Tetapi, ia bukanlah pasir kucing yang biasa itu, untuk jayakan tips ini, anda perlu menggunakan crystal cat litter atau nama lainnya “silica gel”. Rupa-rupanya pasir kristal ini adalah yang terbaik untuk menghidupkan semula telefon pintar anda yang lencun dengan air itu.

dfsdf

Untuk menggunakannya, anda pertama sekali perlu cuba dan goncang keluar kebanyakan air yang ada di dalam telefon anda dan seterusnya keringkan dengan udara, kemudian masukkannya ke dalam beg pasir kristal kucing itu untuk seberapa lama yang boleh.

Ingat, “SEBERAPA LAMA YANG BOLEH” dan kami tidak maksudkan beberapa jam. Untuk memastikan yang telefon anda akan kembali bekerja seperti biasa, anda perlulah tahan diri anda daripada melakukan aktiviti yang selalu anda lakukan dengan menggunakan telefon pintar itu sebelum ini. Jika anda boleh membiarkan ia di situ selama tiga hari, anda seolah-olah memberikan telefon anda peluang terbaik untuk pulih setelah ia alami pengalaman pahit dan menakutkan itu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker