Gaya HidupKecantikan

Waktu Yang Paling Sesuai Untuk Cukur Kaki Anda

Selalunya kalau anda cukur kaki, pernah atau tidak anda rasa seperti ada bulu-bulu yang tertinggal setelah anda keringkan kaki? Jika jawapannya ya, inilah di mana masa yang anda pilih untuk mencukur kaki memainkan peranan yang paling besar.

shaving-1800

Pada waktu bilakah biasanya anda pilih untuk cukur kaki? Masa tengah mandi? Pagi? Tengah hari? Siang? Malam? Anda mungkin tak sedar tentang fakta ini sebelumnya, tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada masa yang paling optimum untuk dapatkan hasil yang terbaik apabila mencukur kaki anda yang berbulu itu?

61fb1600112f1119077e9d3cded3b344_cropped_600x300

Menurut pakar-pakar kecantikan, kita sebenarnya lebih sesuai (harus) mencukur bulu kaki sebelum kita tidur. Ini kerana, semasa kita tidur, kaki kita akan menjadi panas dan sedikit membengkak daripada biasa. Dan ini bermaksud bulu-bulu kecil yang kita mungkin tertinggal atau tidak kena mata pencukur itu akan masuk semula ke dalam folikel mereka dan membuatkannya kurang jelas daripada pandangan mata.

maxresdefault

Oleh itu, sementara kaki anda masih suam pada waktu pagi, kaki anda akan kelihatan lebih licin daripada yang selalunya anda alami sebelum ini. Sebaliknya, jika anda cukur kaki pada waktu pagi dan kemudian keluar ke kawasan yang sejuk, liang roma dan kulit kaki anda akan mula mengetat dan bulu akan kelihatan lebih jelas dan berasa lebih berduri.

Sumber: Goodhousekeeping

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close