Gaya Hidup

Cara Untuk Selamatkan Diri Daripada Lemas

Kadang-kadang, anda tidak akan pernah tahu bila mimpi ngeri anda dalam dunia ini akan berlaku – dan dalam kes ini adalah lemas. Jika anda pandai berenang, anda mungkin boleh melafaz lega sedikit tetapi untuk mereka yang tidak tahu berenang, ia mungkin akan bertukar menjadi satu kes tragedi jika anda tidak bernasib baik.

Walau bagaimanapun, anda sememangnya bertuah kerana Clint Emerson, bekas Tentera Laut Seal telah berkongsi teknik yang mereka sering lakukan untuk selamatkan diri anda sekiranya lemas.

Kunci paling utama bagi memastikan diri anda terjaga apabila berada di dalam air adalah untuk tahu bagaimana untuk mengawal pernafasan. Apabila paru-paru anda penuh dengan udara, badan anda akan mudah terapung, oleh itu, tariklah nafas sedalam yang boleh dan lepaskan kembali udara itu dengan cepat.

Sekatan dan kedudukan badan boleh membuat bernafas menjadi stau cabaran, tetapi anda perlu ingat, walau dalam apa situasi pun anda berada ketika itu, cuba sedaya upaya untuk tidak panik, kerana panik adalah musuh nombor satu untuk pastikan anda boleh kekal hidup.

Di perairan yang cetek, gunakan teknik tenggelam dan timbul dengan melompat (lihat rajah di bawah) untuk bergerak ke arah pantai dengan lebih berkesan. Untuk menarik nafas dengan lebih senang, lambungkan badan anda daripada dasar laut atau lantai tasik ke permukaan.

screen-shot-2015-12-17-at-12-54-06-pm-copy-2

Apabila menghadap ke bawah, gunakan sama ada teknik terapung setempat atau menggunakan gerakan menendang ke belakang untuk berenang ke pantai.

screen-shot-2015-12-17-at-12-54-06-pm-copy

Untuk membenarkan kepala anda berada di luar kawasan air, anda perlu lengkungkan belakang anda seperti yang dilakukan di bawah.

screen-shot-2015-12-17-at-12-54-06-pm-copy-3

Tapi, bagaimana pula sekiranya anda lemas dalam air laut yang bergelora? Dalam situasi ini, ia akan menjadi sangat susah untuk membolehkan kepala anda keluar dari berada dalam air. Oleh yang demikian, teknik yang perlu anda gunakan adalah putaran badan yang penuh. Dengan melakukan ini, membolehkan anda untuk mengambil nafas dalam-dalam dan kemudian meneruskan perjalanan ke hadapan.

screen-shot-2015-12-17-at-12-54-06-pm

Kesimpulannya, kesemua teknik-teknik ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa mereka yang lemas itu berjaya mencari jalan untuk membawa diri mereka ke darat, ataupun sekurang-kurangnya tahu bahawa mereka boleh cuba selamatkan diri daripada terperangkap di dalam air buat selama-lamanya.

 

Sumber:  www.unilad.co.uk

Show More

Related Articles

Back to top button