Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Makan Buah Terlalu Banyak Boleh Memudaratkan Kesihatan?

Gula semulajadi yang ditemui dalam buah-buahan, produk tenusu, dan sayur-sayuran berkanji digunakan oleh badan dan otak anda untuk memulakan “enjin” badan anda. Tanpa gula semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, kita akan mengalami defisit tenaga yang sangat merbahayakan.

Menurut Alissa Rumsey, R.D., jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, persoalan ini bermula daripada kekeliruan di antara kebaikan dan keburukan gula semulajadi berbanding gula tambahan.

sugar

Selain itu, dengan nutrien lain yang terdapat dalam buah-buahan dapat membantu mengelak daripada berlakunya tekanan gula yang tinggi yang anda dapat dari makan gula-gula.

“Apabila anda makan gula semula jadi seperti yang dalam buah-buahan, susu, dan sayur-sayuran berkanji, anda akan mendapat nutrien tambahan seperti serat dan protein, yang membantu mengelak dari kenaikan gula dalam darah,” kata Rumsey.

Sebenarnya, ia adalah gula tambahan yang boleh dijumpai di dalam soda, jus, dan makanan berperisa dan diproses yang akan menyebabkan keseluruhan kategori untuk dicerca.

Pendek kata, gula semulajadi adalah baik untuk anda, tetapi, gula tambahan adalah tidak baik untuk kesihatan anda. Namun begitu, ada satu syarat utama dalam hal ini yang perlu anda fokuskan.

2-servings-of-fruits

“Terlalu banyak apa-apa jenis gula sekalipun akan menyebabkan gula dalam darah meningkat. Ia akan mencetuskan pelepasan insulin,” kata Rumsey.

“Oleh kerana insulin adalah hormon penyimpanan, ia akan menyimpan gula dalam darah yang berlebihan sebagai lemak, terutamanya lemak perut. Dan penggunaan gula berlebihan juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis.

Oleh itu, apabila ianya berkait dengan buah-buahan, dari segi teknikalnya, anda tidak perlu berhenti mengambilnya. Walau bagaimanapun, anda perlu titik beratkan saiz hidangan yang anda ambil setiap masa. Contohnya, cuba ambil sebanyak 2-3 hidangan buah-buahan setiap hari.

Sumber: womenshealthmag.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button