Gaya HidupMakan & Minum

Guna Cara Mudah Ini Untuk Bersihkan 100% Sayuran Dan Buah-buahan Anda

Menurut satu kajian, bekas di mana anda simpan sayur-sayuran dan juga buah-buahan adalah bahagian yang paling kotor sekali di dalam peti sejuk. Oleh itu, ini lah mengapa ianya sangat penting untuk pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan barangan segar.

food storage in fridge sm

Seperti yang kita tahu, kadangkala sayur-sayuran dan juga tumbuhan yang baru dituai mempunyai kotoran yang berpunca daripada tanah dan juga kesan bahan-bahan kimia yang telah disembur. Oleh itu, ia memerlukan proses pembersihan yang teliti sebelum kita masak dan makan. Kami telah berjaya menemukan cara yang paling senang, cepat dan juga murah untuk pastikan barangan segar anda betul-betul bersih!

Rupa-rupanya bahan yang diperlukan ini mungkin sedang “menunggu” anda untuk tariknya daripada almari dapur untuk digunakan. Ianya tidak lain tidak bukan dengan bahan yang paling terkenal sekali dalam hal-hal DIY – Baking soda! Baking soda, yang diperbuat daripada natrium bikarbonat adalah sedikit kasar, jadi ianya sangat sesuai untuk bertindak sebagai pembuang kotoran, dan juga untuk menyerap gris dan bau.

imerynzblogspotcom
Sumber: imerynz.blogspot.com

Untuk menggunakan trik ini, anda boleh cuba dengan dua cara:

Cara pertama:

Cleaning3

Tambah beberapa sudu baking soda itu ke dalam semangkuk air, kemudian rendam buah atau sayur-sayuran anda selama 5  hingga 10 minit sebelum membilasnya.

Cara Kedua:

41Nvb6OejBL._SX300_

Taburkan sedikit baking soda pada berus sayur-sayuran ataupun pada span yang bersih dan lembap. Kemudian gosoknya pada barangan segar anda dan bilas.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button