FesyenGaya Hidup

Susah Nak Pakai Gelang Sendiri? Tips Ini Akan Buat Hidup Anda Lebih Mudah!

Memakai gelang tangan sendiri tanpa mendapat bantuan dari orang lain adalah satu kerja yang amat sukar jika anda tidak mahir. Perkara ini akan menjadi lebih susah apabila anda berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk keluar ke tempat kerja atau ke date night anda bersama teman lelaki.

Ianya jelas bukan sesuatu yang mudah untuk memakai gelang ini. Inilah yang selalunya anda hadapi jika perlu lakukannya sendiri: Apabila tiada orang lain dikeliling anda ada di sana untuk membantu, anda akan bergelut dengan gelang itu, kejap tukar tangan kiri kejap kanan, kejap cuba dapatkan bantuan dengan dinding dengan menahan gelang pada permukaan dinding, dan kadang-kadang anda sampai harapkan yang anda mempunyai tangan ketiga untuk membantu.

Jika anda pernah berada dalam situasi seperti ini, anda mungkin juga telah cuba meletakkan tangan anda pada dinding atau di atas meja. Apabila ini pun tidak berfungsi, anda cuba pula menahan bahagian bawah gelang itu di pergelangan tangan anda dan cuba sedaya-upaya untuk tolaknya dengan tangan anda dan berdoa pada tuhan sehingga separuh lagi berjaya dipasang. Walaupun cara ini mungkin berkesan, ia tetap bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan, entah-entah sepanjang anda lakukan ini, dah habis masa selama setengah jam.

Kami sudah jumpa cara yang lebih mudah dan juga tidak akan kos anda lebih daripada RM5 pun! Jawapan untuk semua masalah ini adalah: Pita pelekat!

s0137817_sc7

Tidak kesahlah apa jenis pita pelekat pun yang anda gunakan, ia pasti akan membantu anda! Ambil sekeping kecil pita pelakt, dan lekatkannya pada hujung gelang yang tiada penyambungnya. Kemudian, dengan kedua-dua belah tangan anda bekerja bersama, anda bolehlah dengan dengan mudahnya membawa hujung gelang yang ada penyambungnya pada hujung yang lagi satu. Mudahkan? Malah dengan cara yang hebat ini keseluruhan proses ini hanya akan mengambil masa beberapa saat sahaja!

IMG_5395

IMG_5397

IMG_5398

Ya, mungkin terdapat aksesori yang dijual di luar sana yang boleh membuatkan proses ini untuk menjadi lebih mudah, seperti produk yang bernama Bracelet Buddy ini. Tetapi mengapa anda perlu menghabiskan duit yang banyak untuk beli produk ini? Dengan kos produk itu sendiri dengan perlu membayar kos penghantaran dari luar negara itu lagi, kami rasa ianya cukup tidak berbaloi.

611H6ZjFaEL._SL1000_
Produk Bracelet Buddy
Show More

Related Articles

Back to top button