Pulau Perhentian adalah antara pulau yang ramai orang target untuk pergi bercuti bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan sekeliling untuk pelbagai sebab. Ketenangan daripada segala masalah, pengalaman baru, merapatkan hubungan sesama manusia adalah antara sebabnya. Atas sebab inilah Pulau Perhentian menjadi pilihan bercuti bersama rakan-rakan!
Pakej yang telah diambil adalah antara pakej yang sangat berbaloi sekali untuk percutian selama 3 hari 2 malam. Dengan hanya dikenakan sebanyak RM325 sekepala, MJ Perhentian Hostel telah menyediakan pelbagai service yang telah memudahkan segala proses yang kami perlu lalui setibanya di sana.
Hostel yang berlokasi di sebuah perhentian kecil di Kampung Nelayan ini mempunyai suasana yang amat selesa disebabkan lokasinya yang berada agak jauh sedikit dari segala tempat-tempat tarikan utama berhampiran pantai itu sendiri.
Jadi, jika anda seperti kami yang mahu menenangkan fikiran dan merehatkan badan setelah penat seharian, tempat ini amat sesuai untuk anda! Tetapi, jika anda suka keadaan yang sentiasa ‘happening’ dari pagi hingga ke lewat malam, Long Beach adalah lokasi yang anda cari.
Antara perkara yang termasuk dalam pakej tersebut adalah kemudahan feri atau bot, bilik yang berhawa dingin, Snorkelling, Hiking, teksi air ke Long Beach dan juga Coral Bay, disediakan makan & minum sebanyak 5 kali sepanjang berada di sana, dan anda juga dapat nikmati BBQ!
Sekiranya anda adalah peminat aktiviti yang melibatkan air, inilah tempatnya di mana anda benar-benar boleh menikmati minat anda itu. Walaupun, pakej ini hanya menyediakan aktiviti snorkeling, itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti lain yang disediakan di sana seperti banana boat, donut ride dan banyak lagi!
Di samping aktiviti air, bagi mereka yang tidak suka “masuk dalam air”, anda juga boleh melakukan aktiviti lain, iaitu mendaki ke kincir angin di Long Beach! Percayalah, setibanya anda di puncak, anda tidak akan dapat berkata-kata sebaik sahaja melihat pemandangan yang sungguh “breath taking” itu.
Mencari makanan di pulau ini (selain daripada yang disediakan dalam pakej) bukanlah satu cabaran. Walaupun terdapat sesetengah kedai yang menjual sesuatu makanan dengan harga yang agak mahal, namun ianya berbaloi kerana kesemua makanan di sana merupakan antara makanan yang paling lazat.
“Coconut Shake ada ke tak eh?” jawapannya adalah: YA!!! Di sini, anda boleh dapatkan antara Coconut Shake yang tidak akan anda lupa dan jika anda bertuah, anda mungkin akan jumpa kedai yang jual Coconut Shake dengan harga yang murah tetapi berkualiti tinggi!
Kesimpulannya, semua pengalaman yang diperoleh daripada percutian ini adalah sungguh berbaloi. Oleh itu, sekiranya anda ataupun sesiapa yang rapat dengan anda mahu bercuti ke Pulau Perhentian ini, jangan fikir dua kali kerana anda semestinya tidak mahu terlepas kesemua peluang itu!