Gaya HidupKecantikanKesihatan

Mask Muka Anda Mungkin Penuh Dengan Bakteria

Berita buruk untuk anda semua yang menggermari sheet mask, kerana produk penjagaan kulit kegemaran anda ini mungkin tidaklah sebersih yang anda sangka.

Menurut satu laporan baru-baru ini, banyak sheet mask ini sebenarnya dibungkus di dalam rumah orang, dengan tangan mereka, dan bukannya di kilang-kilang yang bersih. Dan beberapa wanita bahkan telah pun terjumpa rambut dan serpihan lain di dalam bungkusan mereka.

Tony Moly I'm Real Sheet Masks Review (8)
Gambar hiasan

 

Walaupun amalan ini sebenarnya haram, menurut peraturan Pentadbiran Makanan dan Dadah Korea (di mana kebanyakan sheet mask kegemaran kami dibuat), ia masih berlaku.

“Jika sheet mask itu tidak dibuat dengan cara kebersihan yang betul, ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria atau kulat atau perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan jangkitan,” kata Sejal Shah, M.D., pakar dermatologi di New York.

Jangkitan ini juga boleh berlaku dalam beberapa tahap – kerengsaan yang biasa kepada jangkitan serius yang berbahaya bergantung kepada jenis bakteria yang terlibat.

“Perkara ini dikhuatiri sekiranya jangkitan ini boleh pergi lebih mendalam ke dalam kulit, di mana kulit boleh menjadi bengkak, merah, panas, dan menyakitkan,” kata Shah.

Sheet-Mask

Kemudian kita berpindah kepada isu di mana terdapat serpihan asing pula di dalam sheet mask anda. “Selain daripada menjijikkan, ianya mungkin tidak begitu berbahaya untuk terjumpa rambut dalam sheet mask anda,” kata Shah. Namun begitu, bahan-bahan asing yang ada pada topeng anda berpotensi untuk menyebabkan beberapa kerengsaan kulit ataupun mungkin lebih teruk daripada itu.

Pendek kata, dengan apa pun produk penjagaan kulit anda, anda perlu lebih berhati-hati tentang dari  mana mereka dibuat dan apa yang mungkin ada  di dalam mereka kerana tidak semua syarikat mampu mengikuti proses pembuatan dengan selamat. Jadi ianya lebih baik untuk melakukan sedikit penyelidikan pada produk kecantikan anda sebelum membelinya.

Sumber: Womenshealthmag.com

Show More

Related Articles

Back to top button