Gaya HidupMakan & Minum

Bagaimana Sejukkan Air Anda Dengan Lebih Cepat

Dengan negara kita yang sedang mengalami cuaca yang tidak menentu sejak beberapa minggu lepas, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan. Perkara nombor satu paling penting yang perlu anda pastikan adalah untuk pastikan yang diri anda kekal terhidrat sepanjang masa. Dan untuk berbuat demikian, jelaslah bahawa anda perlu minum air dengan banyak.

Bayangkan situasi ini: Anda telah melalui hari yang sangat panjang di tempat kerja atau mungkin anda hanya telah menghabiskan 15 minit di luar rumah (di bawah cahaya matahari), pastinya anda akan berlari ke dalam rumah untuk mendapatkan segelas air sejuk untuk menyejukkan diri anda dari cuaca panas itu. Tapi perkara yang menjengkelkan ialah apabila semua air anda tidak sejuk dan tidak ada seketul ais pun dalam peti sejuk beku! Anda tidak mahu minum air yang suam tu apabila anda sudah cukup panas berada di luar, bukan? Apa nak buat ni?!

IMG_5379

Ada satu pilihan yang boleh anda lakukan, iaitu dengan mengisi botol air anda penuh dengan air dan membekukannya untuk semalaman. Walau bagaimanapun, cara ini tidak begitu berkesan kerana anda perlu menghabiskan separuh daripada hari anda esoknya semata-mata untuk tunggu air anda itu cair (DENGAN SANGAT PERLAHAN). Oleh itu, kami ada jalan penyelesaian untuk anda!

Berikut adalah apa yang perlu anda lakukan sebaliknya: Malam sebelumnya tu, isi separuh botol anda dengan air (seperti botol biru di dalam gambar di bawah). Seterusnya, masukkannya ke dalam peti sejuk, tetapi kali ini jangan letak botol itu berdiri dengan tegak, sebaliknya letakkan ia mengereng ke sebelah. (Dengan cara ini, air akan membeku tanpa menyekat pembuka botol anda.) Keesokan harinya, barulah anda boleh mengisi separuh lagi ruang dalam botol tadi dengan dengan air.

IMG_5370

IMG_5377

IMG_5376

Mudah bukan cara penyimpanan H2O ini? Dengan cara ini, ianya boleh diminum tanpa perlu menunggunya cair dan ianya akan kekal sejuk selama berjam-jam tanpa ada ketulan ais yang menyekat jalan anda daripada minum air itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker