Gaya HidupKecantikan

Jika Anda Pemakai Cermin Mata, Ini adalah Tips Makeup Yang Anda Perlukan

Bagi anda yang memakai cermin mata sebagai “penyuluh” pandangan anda yang kabur itu sepanjang masa, anda pasti akan faham situasi yang menjengkelkan ini apabila anda memakai makeup bersamanya.

Seperti yang kita tahu, makeup mempunyai sifat cecair dan juga agak basah, dan ianya akan rasa agak melekit apabila dipakai pada muka. Dan keadaan itu, kadang-kadang akan memberikan masalah yang semua pemakai cermin mata benci, iaitu apabila cermin mata anda mula bergelongsor ke batang hidung anda.

piovino-makeup

Jadi apakah jalan penyelesaiannya untuk menangani masalah cermin mata bergelongsor ini? Jawapannya adalah: dengan menggunakan eye primer di bahagian batang hidung anda! Jadi, ingat sebelum anda memakai foundation pada muka anda, sentiasa sapukan eye primer itu terlebih dahulu di bahagian batang hidung anda.

161773-1-large

Selain daripada mampu membuat cermin mata anda kekal diposisinya, tips ini juga mampu menghalang makeup anda daripada hilang akibat daripada bergesel dengan bingkai cermin mata anda itu. Di samping itu, ia juga akan menutup lubang pori-pori anda dengan lebih baik. Anda dapat tiga faedah dengan hanya menggunakan satu tips, sangat berguna bukan?

How-to-Get-Rid-of-Large-Pores-on-Nose-–-Before-and-after-image

Tips ini bukan sahaja berkesan dengan menggunakan eye primer, jika anda memiliki primer yang cukup kuat dan mampu membuat makeup anda bertahan dengan lebih lama, anda boleh gunakan primer itu juga! Cuma ingat untuk menggunakan dua lapisan primer pada kawasan batang hidung anda itu.

Show More

Related Articles

Back to top button