Gaya HidupMakan & Minum

Cara Paling Berkesan Untuk Memerah Semua Jus Dalam Lemon

Pelbagai kegunaan lemon dalam dapur. Anda boleh memvariasikan kegunaannya dalam pelbagai cara – sama ada untuk membuat air, untuk memasak ikan, sebagai “garnish” dan macam-macam lagi. Tapi, kadang-kadang untuk mengeluarkan hanya separuh jus daripada lemon itu itu sendiri, memerlukan kekuatan yang banyak, inikan pula untuk keluarkan semua jus dari sebiji buah itu.

Kadang-kadang ada yang sanggup membazir dengan membuangnya kerana menurutnya “dah tak ada jus dah dalam ni” dan terus ambil lemon baru untuk dapatkan banyak lagi jus.

Yellow colorful lemons on the bright cyan wooden table horizontal

Jadi, “apa yang perlu saya buat untuk dapatkan semua jus tu?” Mudah sahaja, anda hanya perlu microwavenya! Dengan mamanaskannya selama 15 hingga 20 saat di dalam microwave akan melembutkan isi di dalamnya.

Sebelum anda gunakannya, biarkannya sejuk sedikit terlebih dahulu, kalau tidak ia mungkin boleh melecurkan tangan anda. Dengan ini akan mudahkan lagi anda untuk dapatkan semua jus-jus yang bernilai di dalam lemon itu tanpa penat lelah.

Screen-Shot-1.49.52-AM

lemonylemon

 

Trik ini bukan sahaja berkesan untuk buah lemon, ia juga berkesan untuk buah oren, limau purut, dan juga limau gedang! Ya, caranya sama sahaja. Lepas ni anda dah tak perlu susah payah bila nak keluarkan jus-jus dari buah-buah ini lagi. Selamat mencuba!

Show More

Related Articles

Back to top button