Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Jangan Buang Kulit Pisang Kerana Ia Mempunyai Pelbagai Manfaat

Tahukah anda, walaupun kulit pisang ini rasanya agak pahit, ia sebenarnya boleh dimakan dan sangat bagus untuk anda!.

“Ia mengandungi jumlah vitamin B6 dan B12, magnesium dan juga kalium yang tinggi.

Ia juga mengandungi beberapa serat dan protein,” kata Laura Flores, pakar pemakanan yang berpangkalan di San Diego.

Menurut Business Insider, kulit pisang ini juga dijadikan sebagai makanan harian penduduk di negara-negara seperti India selama beberapa dekad lamanya.

banana-woman-eat-stock-today-151006-tease_994014c3d4944eadd5edc6da5cde0d8c.today-inline-large

Di samping itu, menurut satu lagi kajian pada tahun 2011, terdapat bukti bahawa kulit pisang boleh membersihkan air minum.

Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk kita mula memasak kulit pisang ini sebagai perangsang pemakanan tambahan kita.

Anda boleh memanfaatkan kulit pisang ini dengan mengisarnya bersama dalam smoothie anda, membakarnya dalam kek atau biskut, menggorengnya, dan juga merebusnya!

3-yummy-and-nutritious-ways-to-eat-banana-peels-blender-889x497
Sumber: inhabitat.com

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berminat untuk memakan kulit pisang ini semata-mata, anda juga boleh menggunakannya untuk kegunaan rumah lain.

Contohnya, anda boleh jadikannya sebagai cuka pisang dengan meletakkan kulit pisang ini di atas daging panggang untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan daging itu, dan anda turut boleh merendamnya dalam air dan gunakan air itu untuk siram tanaman anda bagi memastikan mereka sihat dan kuat.

52202105.cms
Sumber: wikihow.com

 

roast-beef-with-red-wine-and-banana-shallots
Sumber: bbcgoodfood.com

Oleh itu, lain kali jangan membazir lagi dan buang kulit pisang itu bila nak makan pisang, rugi jika anda tidak memanfaatkan semua kegunaannya dengan betul.

Show More

Related Articles

Back to top button