Gaya HidupPercutian

5 Lokasi Menarik Di Malaysia Untuk Anda Yang Gila Mendaki

Kebanyakan artikel tentang lokasi menarik yang ada di luar sana adalah tentang tempat-tempat beriadah menarik bagi mereka yang tidak suka melakukan aktiviti lasak dan lebih memilih untuk berkelah dan lepak-lepak bersama orang di sekeliling mereka.

Jadi, bagaimana pula untuk mereka yang sukakan kegiatan lasak ini? Jika anda antara golongan-golongan yang gilakan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan jantung berdegup dengan kencang, teruskan membaca kerana kami ada beberapa tempat yang menarik untuk anda!

  1. Bukit Lepuh (Selangor)

“Bukit Lepuh ni bukan tempat untuk camping ke?” Ya, lokasi ini sememangnya lebih dikenali sebagai tempat untuk anda berkhemah dengan keluarga atau rakan-rakan anda. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa ianya antara lokasi yang menarik untuk didaki! Percayalah, setibanya anda di puncak bukit ini, anda bukan sahaja boleh menikmati pemandangan di situ tetapi juga dapat merasai kesegaran air terjun bukit Lepoh itu sendiri!

air terjun lepoh
Sumber: http://n-hafizah.blogspot.my
bukit lepoh
Sumber: http://n-hafizah.blogspot.my

 

 

  1. Mossy Forest (Brinchang)

Jika anda mahu mendaki di lokasi yang boleh buat anda rasa seolah-olah anda berada dalam satu dimensi dunia yang berlainan, inilah lokasinya. Hutan ini dinamakan sebagai hutan “Mossy” tidak lain dan tidak bukan kerana keunikkannya yang dipenuhi lumut! Keadaanya yang berlumut, lembap, dan sejuk ini akan buat anda rasa seperti sedang berjalan di dalam lokasi shooting filem-filem kisah dongeng.

mossy-forest
Sumber: cameronhighland.net

 

 

stream-in-the-mossy-forest-tree-nature-1920x1200-wallpaper52839
Sumber: randomwallpapers.net

 

 

  1. Bukit Batu Putih (Port Dickson)

Nak rasa acah-acah dekat negara lain dengan pemandangn air laut biru yang jernih seperti di Maldives? Cubalah daki bukit Batu Putih ni dulu! Kalau sebelum ni tak pernah dapat lihat sunset dan sunrise betul-betul, inilah masa yang sesuai kerana bukit ini menawar pemandangan first-class untuk anda lihat fenomena itu!

Screen Shot 2016-08-26 at 12.59.19 AM
Sumber: www.sini.com.my
DSC_0652
Sumber: kakitravelkhairuddin.blogspot.com

 

 

  1. Bukit Kutu (Selangor) 

Anda pernah dengar tentang zaman Medieval (zaman pertengahan)? Zaman ini walaupun wujud di semua tempat, ia lebih terkenal di negara Eropah disebabkan infrastruktur bangungan mereka pada zaman itu yang amat unik dan menakjubkan. Dengan mendaki bukit, anda akan dapat lihat dan merasai zaman tersebut kerana di situ adanya peninggalan banglo lama yang sudah runtuh milik Mr. Tony Wright.

tumblr_nf5yvvv9ne1tizbyko1_1280
Sumber: luvfeelin.tumblr.com
bukitkutu5
Sumber: luvfeelin.tumblr.com

 

  1. Bukit Keluang (Terengganu)

 Ini satu lagi lokasi yang menawarkan pemandangan laut jernih yang pasti akan memukau anda dengan hanya 1 saat melihatnya! Bukit ini lain dari yang lain kerana, di awal pendakiannya, anda perlu mendaki tangga terlebih dahulu.

13
Sumber: razinruslan.wordpress.com
17208960681_7bf7f3eb24_b
https://www.flickr.com/nadzlanimages

Apa-apa pun, tak kira kuat mana pun adrenalin anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini, pastikan yang keselamatan sentiasa menjadi keutamaan anda dan mereka yang ikut bersama.

Show More

Related Articles

Back to top button