Gaya HidupKecantikan

Penjagaan Rambut DIY di Rumah!

Sama ada anda bertudung atau tidak, anda mungkin tahu bagaimanakah perasaannya jika mempunyai masalah rambut seperti kelemumur, rambut gugur, dan rambut yang kelihatan tidak sihat dan kasar. Bagi mereka yang berhijab, masalah ini mungkin boleh disorok dengan memakai tudung apabila keluar, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak bertudung? Ini sememangnya bukan satu perkara yang anda boleh biar begitu sahaja.

Dengan tips baru yang kami peroleh ini, anda tidak perlu lagi menghabiskan beratus-ratus ringgit membeli produk penjagaan rambut dan menghabiskan wang simpanan hidup anda di salun hanya semata-mata untuk mendapatkan rawatan rambut yang entah berkesan atau tidak untuk memulih masalah anda itu. Ini kerana, dengan cara ini, anda akan dapat rambut yang lebih sihat, bebas daripada kelemumur, dan rambut gugur tanpa perlu mengeluarkan walau satu sen pun – akhirnya!

dandruff-ft

Apakah tips ini? Ianya tidak lain dan tidak bukan, dengan merendam rambut anda dalam air garam! Garam mempunyai banyak faedahnya untuk rambut kita. Ia mampu membunuh segala bakteria, minyak, kotoran pada kulit kepala dan juga menutup liang-liang yang ada pada kulit kepala untuk menghalang daripada berlakunya keguguran rambut.

Caranya mudah sahaja. Anda ada garam di rumah bukan?

Ambil kuantiti garam yang mampu menampung panjang dan tebal rambut anda, dan letaknya di dalam satu besen bersama dengan air. Rendam rambut anda dalam campuran air garam itu untuk 3-5 minit.

Setelah itu, urut dengan perlahan dan lembut kepala dan rambut anda supaya ia boleh meresap dengan baik, dan akhir sekali bilasnya dengan air. Dengan melakukan ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, ia akan memberikan kesan yang anda inginkan selama ini.

 

9a51e4f1-1cb0-433e-8729-aa2470e198f3

o-SALT-WATER-HAIR-DAMAGE-facebook

 

Show More

Related Articles

Back to top button