AntarabangsaIsu Semasa

Pahlawan Wanita Yang Menentang Militan IS

Pada bulan Ogos tahun 2014, pasukan militan IS  telah melancarkan serangan terhadap golongan ‘Yazidi’, iaitu kumpulan etnik agama minoriti yang hidup di sekitar Gunung Sinjar, Iraq.

IS telah menyerang kampung-kampung yang tidak dilindungi dan membunuh kaum lelaki di sana sambil membawa lari beribu-ribu wanita serta kanak-kanak untuk dijual menjadi hamba seks.

Mana-mana Yazidi yang berjaya melarikan diri telah pergi ke kawasan pergunungan tinggi tanpa bekalan makanan, minuman dan pakaian yang cukup.

Yazidi-refugees-ap
Yazidi yang lari ke kawasan pergunungan tanpa bekalan keperluan yang cukup – Sumber: www.breitbart.com

Dalam keadaan yang teruk dan tidak mendapat sokongan antarabangsa yang cukup, mereka terperangkap di sana untuk beberapa hari.

Pihak yang pada asalnya berjanji untuk melindungi mereka, tentera pesh merga di bawah parti politik Masoud Barzani di Iraq Kurdistan, telah ‘hilang’ pada saat-saat getir mereka diperlukan.

Pada waktu itu, kumpulan gerila Kurdish dari Syria dan Turki adalah golongan yang berjaya memasuki wilayah IS dan membuka jalan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang ditangkap di kawasan autonomi Syria pengisytiharan sendiri, Rojava (yang bermaksud ‘Barat’ dalam Kurdish).

18Tax-web-master675
Yazidi yang melarikan diri daripada kumpulan militan IS – Sumber: Reuters

Kebanyakan anggota gerila ini adalah wanita, di mana mereka memegang prinsip tradisi Kurdish bahawa wanita tidak boleh menunggu orang lain untuk mempertahankan mereka, tetapi harus berjuang sendiri untuk kebebasan mereka.

Sesetengah dari kalangan wanita ini juga mengatakan bahawa mereka berjuang untuk wanita lain kerana mengetahui ‘mimpi ngeri’ yang menanti mangsa yang telah ditangkap oleh militan IS.

Dalam peperangan Rojava menentang IS, golongan wanita bukan sahaja menjadi anggota guerila, malah ada juga yang menjadi ketua dalam kumpulan itu.

Selepas diselamatkan di Gunung Sinjar, sesetengah wanita Yazidi membuat keputusan untuk mengikut langkah penyelamat mereka, lalu menubuhkan kumpulan tentera sendiri yang dikenali sebagai Women’s Protection Unit-Shengal (perkataan lain bagi Sinjar).

images|cms-image-000023995
Anggota gerila wanita Yazidi – Sumber: www.niqash.org

Perkara yang sama juga berlaku di Iraqi Kurdistan, di mana wanita Yazidi yang diselamatkan daripada penghambaan seksual membuat pasukan mereka sendiri.

Gerakan Pembebasan Kurdish mengambil pendekatan yang menekankan pertahanan diri dalam bidang sosial dan juga ketenteraan.

Pasukan gerila wanita dilihat sebagai ‘role model’ yang menunjukkan bahawa kepimpinan wanita amat penting dalam setiap aspek masyarakat.

Dalam sistem pemerintahan demokrasi berautonomi Rojava, penyertaan wanita dalam urus tadbir kerajaan sangat kuat dan setiap organisasi dipimpin oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita.

Jawatankuasa wanita mempunyai kuasa dalam menyelesaikan masalah seperti kahwin paksa dan juga keganasan rumah tangga.

isis-islamic-state-yazidi-rape-victims-beg-america-to-please-bomb-us-to-end-our-misery-syria-iraq
Antara wanita yang dipercayai menjadi mangsa keganasan seksual militan IS di sana – Sumber: www.nowtheendbegins.com

Namun, wanita-wanita Yazidi yang telah melalui pengalaman keganasan seksual yang dasyat mengalami fasa yang sukar untuk mereka kembali menjadi diri asal mereka.

Amat susah untuk mereka berubah apabila dipandang hina oleh masyarakat dan melihat diri mereka sendiri seolah-olah ‘memalukan dan hilang maruah.’

Tetapi, golongan pahlawan wanita ini membawa sinar harapan baru apabila mereka menunjukkan elemen kekuatan dalam diri wanita dan menjadi inspirasi kepada mangsa-mangsa yang telah dirogol dan sebagainya.

Semoga wanita-wanita di sana dapat membina semula kehidupan dan tempat tinggal mereka yang telah dihancurkan oleh puak militan IS.

Kita harus sentiasa bersyukur kerana masih dapat menjalankan kehidupan seharian dengan aman dan harmoni.

Sumber: http://www.nytimes.com/2016/08/18/opinion/when-women-fight-isis.html?ref=world

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button