Gaya HidupKesihatan

Mengapa Berat Badan Anda Penting Semasa Mengandung Dan Selepas Bersalin

Ianya bukanlah sesuatu yang teruk untuk seseorang wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, tambah-tambah lagi ketika menimang seorang cahaya mata. Dan walaupun hakikat bahawa ramai wanita obes yang tidak mengalami apa-apa masalah dalam proses mengandung dan melahirkan anaknya, itu tidak bermakna bahawa ianya tidak akan mengundang apa-apa risiko kepada anda dan nyawa bayi anda itu.

Apakah risiko-risiko yang dikaitkan dengan kehamilan kepada si ibu yang mempunyai BMI berlebihan?

Pregnant muslim woman with happy expression

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan dikira melalui berat dan ketinggian anda yang sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Dan risiko serta komplikasi kepada wanita hamil dan bayi yang dikandungnya akan meningkat sekiranya dia mempunyai BMI yang melebihi 25 kg/m2. Dan perkara boleh menjadi lebih membimbangkan jika si ibu mempunyai BMI melebih 40kg/m2 dan lebih. Ini adalah antara risiko-risiko yang dimaksudkan:

  • Darah Beku (Thrombosis)
  • Kencing manis ketika hamil (Gestational diabetes)
  • Tekanan darah tinggi dan pra-eklampsia

Jika si ibu mempunyai BMI yang berlebihan, apa pula risiko-risikonya kepada bayi yang dalam kandungannya itu?

 

Fetus-by-Lunar-Caustic1

  1. Boleh menganggu perkembangan awal bayi ketika di dalam rahim.
  1. Keguguran
  1. Bayi yang lebih besar
  1. Bayi mati dalam kandungan
  1. Bayi mempunyai risiko untuk mendapat obesiti dan kencing manis apabila besar kelak.

 

Bagaimana pula risiko berkaitan BMI yang meningkat melebihi 40kg/m2 ketika proses kelahiran?

Fat-woman-standing-on-scales-with-hand-on-hip

  1. Bayi dilahirkan awal atau pramatang iaitu sebelum kandungan berusia 3 minggu.
  2. Proses kelahiran yang panjang
  3. Bahu bayi boleh tersangkut ketika proses kelahiran.
  4. Kelahiran secara pembedahan caesarean secara kecemasan.
  5. Jika memerlukan pembedahan caesarean, ianya bukan suatu yang mudah dilakukan, risiko berkaitan pembedahan meningkat, contohnya luka pembedahan senang dijangkiti kuman dan lambat sembuh.
  6. Risiko melibatkan bius, lebih-lebih lagi jika bius penuh diperlukan.
  7. Tumpah darah selepas bersalin ataupun ketika pembedahan caesarean dilakukan.

 

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan risiko-risiko ini?

  1. Amalkan pemakanan yang sihat

 

keperluan harian

Pastikan makanan anda mempunyai karbohidrat, serat yang tinggi dan sentiasa jaga kuantiti makanan anda (jangan kononnya makan untuk ‘2 orang’). Yang paling penting sekali, jangan tinggalkan sarapan pagi anda!

  1. Bersenam ketika hamil

senaman-ibu-mengandung-21

Jangan malas dan sebaliknya lakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun dan berenang.

  1. Pertambahan dos asid folik

1b-600x600

Mereka yang mempunyai BMI sebanyak 30 kg/m2 dan lebih, seharusnya mengambil asid folik dengan dos 5mg sehari.

  1. Mengambil vitamin D tambahan

vitamin-d

Sekiranya anda obes, anda perlu ambil sebanyak 10 mikrogram vitamin D tambahan.

  1. Pemeriksaan ultrasound dan scan tambahan

pregnant-stethoscope-140320

Ini penting untuk memastikan perkembangan bayi anda di dalam rahim tidak terganggu.

Sumber: mmgazette.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button