Gaya HidupKecantikan

Skrub DIY untuk lembutkan kulit yang kering

Bila anda ada masalah kulit kering, banyak perkara yang akan bermain di fikiran anda. Tambah-tambah lagi bila anda rasa sangat tidak selesa apabila kulit anda yang kering itu mula bergesel dengan fabrik baju anda – ini pasti akan buat anda mahu cari jalan penyelesaian secepat yang mungkin.

Tapi, selain daripada perlu keluar rumah dan cari produk-produk  yang mahal dekat kedai (yang kadang-kadang kita tak tahu keberkesanannya), kami ada cara yang lebih mudah dan di jamin berkesan untuk anda, yang anda boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang anda ada di rumah!

FullSizeRender 6

FullSizeRender 2

Untuk pengetahuan anda, minyak zaitun dan garam mempunyai banyak faedah yang sangat menakjubkan untuk kesihatan kita, tetapi tahukan anda yang mereka juga amat bagus untuk kecantikan kita juga? Ianya sangat untuk sesuai untuk mengembalikan kelembutan kepada rambut dan menjadikan ia lebih bersinar. Selain daripada rambut, gandingan kedua-dua bahan itu, juga akan membuat kulit anda kembali lembut!

Untuk hasilkan DIY skrub ini, anda hanya perlukan dua bahan iaitu, GARAM dan MINYAK ZAITUN! Campurkan garam dan minyak zaitun dalam satu bekas yang anda boleh simpan untuk guna lain kali, dan kacau sehingga ia menjadi sedikit pekat seperti pes.

Gunakannya di dalam bilik mandi (kerana ia boleh jadi agak bersepah jika dilakukan di luar) dan sapunya dalam gerakan membulat, kemudian bilas dengan air. Lakukan rutin ini dengan kerap dan kulit anda pasti kembali lembut seperti punggung bayi!

FullSizeRender 4

FullSizeRender

FullSizeRender 5

Show More

Related Articles

Back to top button