Gaya HidupKesihatan

Dipatuk Ular? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Bayangkan situasi di mana ada ahli keluarga anda atau rakan-rakan anda telah dipatuk ular, ata lebih teruk lagi, apabila anda sendiri yang menjadi mangsa dipatuk ular itu – apa yang perlu anda lakukan dalam situasi ini untuk kekal hidup? Menurut Dr Abdul Rahman Abdul Kadir seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka telah menjelaskan apa yang anda perlu buat, langkah demi langkah.

  1. Pertama sekali, bertenang dan kekal tenang sepanjang masa. Jangan panik. Jauhkan diri dari ular itu dan cari tempat yang selamat. INGAT hanya 18 daripada 140 spesis ular di Malaysia yang berbisa. Dan jika anda dipatuk oleh ular yang berbisa, anda tidak semestinya akan terus mati, kerana kebanyakan patukan ular adalah ‘patukan kering’.

bt_21.1

 

 

  1. Pada masa yang sama, cuba untuk ingat rupa, ciri-ciri, dan warna ular untuk mengenalpasti spesiesnya di hospital kemudian hari. Jika mampu, ambil gambar ular menggunakan telefon pintar anda.

Eatern-RIbbon-Snake

 

 

  1. Jangan tiru adegan cerita tamil yang menghisap patukan ular itu kerana ia tidak akan membantu sama sekali. Malah, ia hanya akan membuatkan kerosakan tisu yang lebih teruk. Ini juga boleh menyebabkan racun untuk merebak dengan lebih cepat dalam badan yang disebabkan oleh tekanan yang berlebihan di atasnya.

cinemachaat_doodhkakarz_ew

 

 

  1. Dapatkan bantuan dengan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan kepada 999. Jika anda mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan berdekatan dan tidak mahu menunggu, pergi ke hospital yang terdekat dengan segera.

1894195_300x300

 

 

  1. Mengurangkan pergerakan anggota badan yang dipatuk ular. Gunakan tuap untuk menyekat pergerakan anda. Ini penting kerana kadar jantung yang tinggi dan pergerakan badan yang berlebihan akan menyebabkan racun merebak lebih cepat dan boleh menyebabkan masalah sistemik. Atas sebab ini, pesakit dihalang daripada minum kopi, minuman beralkohol, dan merokok.

aid48314-728px-Survive-Being-Bitten-by-a-Venomous-Snake-Step-5-Version-2

 

 

  1. Jangan ikat atau letakkan tourniquet pada bahagian badan yang dipatuk. Ia hanya akan meningkatkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama akan merosakkan anggota badan kerana kekurangan bekalan darah.

05020-00

 

 

  1. Cuci kawasan yang dipatuk ular dengan air bersih tanpa menyental atau menggosok luka itu. Ini kerana, kawasan itu boleh menjadi bengkak disebabkan racun ular. Oleh itu, tanggalkan semua cincin, jam tangan, gelang, dan lain-lain kerana boleh mngakibatkan bengkak yang berlebihan dan menyekat aliran darah.

KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA

 

 

  1. Jika ular itu dibunuh, anda boleh membawanya ke hospital untuk pengenalan spesies. Adalah penting untuk memastikan bahawa antivenom yang betul diberikan jika diperlukan. Ingat untuk berhati-hati ketika mengendalikan badan ular tersebut kerana anda masih terdedah kepada bahaya racun jika jari tercucuk dengan taring ular yang mati itu.

Bayi perempuan maut dipatuk ular ketika tidur 2

 

 

 

  1. Rawatan susulan akan disediakan oleh Pakar Perubatan Kecemasan di hospital.

dipatu-ular

 

 

10. Tidak semua gigitan ular memerlukan antivenom. Sekiranya anda dipatuk oleh ular, itu tidak bermaksud anda mendapat prasyarat untuk menerima rawatan antivenom. Antivenom hanya perlu disediakan bagi kes-kes yang memenuhi kriteria envenomasi. Ini kerana antivenom itu sendiri membawa risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit itu tidak dapat diberikan secara bebas.

anti-venom

11. Keputusan penggunaan antivenom hanya akan dibuat oleh Pakar Perubatan Kecemasan selepas penilaian terperinci berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka untuk mengurangkan risiko sebanyak mungkin bagi mangsa patukan ular dilakukan.

vials with antivenom

KESIMPULANNYA:

 

  1. Anda harus melakukan yang terbaik untuk bertenang sekiranya anda dipatuk oleh ular dan ingat untuk kurangkan pergerakan sebanyak mungkin. Dapatkan bantuan segera dan jangan sesekali malu untuk hubungi 999.
  1. Cuba sedaya upaya untuk kenal pasti ular itu untuk tujuan pengenalan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan sebuah galeri imej ular untuk membantu pesakit memahami jenis ular yang mematuk mereka.
  1. Kaedah untuk merawat patukan ular adalah dengan menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”. Pemerhatian untuk tanda-tanda envenomasi secara terperinci adalah sangat penting. Jika anda telah menunggu untuk masa yang lama dan memerlukan penjelasan, sila bertanya kepada doktor atau kakitangan bertugas.

 

 

 

 

 

http://www.mmgazette.com/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button