Gaya HidupKecantikanKesihatan

4 Perkara Buruk Jika Anda Tidak Bersihkan Alat Makeup Anda

Lupakan impian anda untuk mendapat makeup yang sempurna jika alat solek anda tidak pernah dicuci sejak anda beli 3 tahun lepas. Walau bagaimanapun, ada masalah yang lebih teruk daripada makeup yang “flawless” itu: MASALAH KULIT. Oleh itu, ambil tips-tips ini untuk memastikan alat-alat kecantikan anda bersih dan untuk mematikan kulit anda kekal sihat. Berikut adalah antara masalah-masalah yang akan anda hadapi dan bagaimana untuk harunginya:

  1. Jerawat

hqdefault

“Berus yang penuh dengan kotoran, minyak, dan makeup boleh membuatkan pori-pori anda tersumbat dengan bakteria, yang menyebab kepada jerawat atau kegatalan kulit,” kata Hadley Raja, M.D., seorang pakar dermatologi. Berus sintetik untuk concealer dan foundation perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali seminggu; ini kerana mereka mempunyai pori-pori, yang menyerap lebih banyak makeup daripada berus biasa, yang hanya perlu dibersihkan dua kali sebulan.

Cara terbaik untuk membersihkan berus biasa adalah dengan air dan pembersih berus atau syampu bayi. Campurkan satu bahagian syampu bayi dengan empat bahagian air suam, celup bulu berus, dan kemudian urutnya. Jika anda menggunakan pembersih berus, basahkan bulu, letakkan setitik pembersih di telapak tangan anda, dan perlahan-lahan celupkan bulu ke dalamnya, dan urut. Setelah itu, bilas dan perah air yang berlebihan, dan bentukkan semula kepala berus, dan biarkan ia kering.

19cjebizp1w7mjpg

Anda juga boleh menggunakan cecair pencuci pinggan untuk membersihkan berus sintetik, kerana mereka perlu dibersihkan dari minyak dan pembentukan makeup yang berlebihan. Sapukan sedikit cecair pencuci pada berus, kemudian urut bulu, bilas dan bentukkan semula kepala berus dan biarkan kering.

  1. Makeup yang tidak sekata

beauty-2016-03-cut-open-makeup-sponge-beauty-blend-main

Ia juga amat penting untuk membersihkan span makeup anda kerana ia juga merupakan berus makeup anda. Ini kerana span yang kotor boleh menyebabkan foundation krim atau cecair untuk tidak sekata apabila dipakai. Cara terbaik untuk membersihkan span makeup adalah dengan menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk kerana petroleum yang ada di dalamnya akan menghapuskan minyak kosmetik dan silikon yang menyalut bahan-bahan itu.

  1. Jangkitan Viral

fig13

Jerawat adalah satu fenomena yang tidak menyeronokkan, tetapi masih ada risiko yang lebih melampau boleh berlaku jika anda tidak membersihkan berus anda dengan kerap: jangkitan virus. Sama ada virus yang anda pernah alami sebelum ini, atau virus dari orang lain jika anda berkongsi alat makeup anda dengan mereka. Jadi pastikan anda bersihkan berus dengan kerap, terutamanya jika anda baru sahaja mula rasa tidak sihat.

  1. Milia

 

milia

Dengan menggunakan berus yang mempunyai pembentukan makeup yang banyak, boleh membuatkan pori-pori anda tersumbat dan kemudian membawa kepada milia. Milia adalah satu kumpulan sista yang kelihatan seperti lebam putih kecil, yang biasanya muncul di hidung dan pipi. Dan tidak seperti jerawat, anda tidak boleh memecahkan mereka – anda perlu berjumpa dengan pakar dermatologi untuk menghilangkan milia itu daripada kulit mereka.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker