AntarabangsaIsu Semasa

Luar Negara Minggu Ini #4 – Masjid New York | Indonesia | Suhu Panas|Turki | Satelit China

1. Imam dan Rakan Dibunuh Selepas Menunaikan Solat di Masjid

162cd12642920507c432cc1841faa7eb
Orang ramai berarak untuk menuntut keadilan di atas pembunuhan tersebut – Sumber: www.yahoo.com

Baru-baru ini, seorang imam bernama Maulama Akonjee, 55  serta rakannya, Thara Uddin ,64, telah dibunuh dengan kejam ketika sedang berjalan kaki meninggalkan Masjid Jame al-Furqan, New York.

Kedua-dua mangsa telah ditembak di bahagian kepala oleh seorang lelaki dari belakang dan suspek kemudian meninggalkan mereka begitu sahaja.

Suspek yang dikenali sebagai Oscar Morel telah berjaya ditahan dan bakal berhadapan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol sekiranya didapati bersalah dalam melakukan serangan tersebut.

Menurut pihak berkuasa, motif disebalik serangan itu masih tidak jelas dan ia berkemungkinan adalah jenayah kebencian agama.

2. Menteri di Indonesia Dipecat Kerana Mempunyai Dua Kerakyatan

Arcandra Tahar (kanan) dipecat Jokowi susulan pertikaian berhubung kerakyatannya.
Arcandra Tahar (kanan) dipecat Jokowi (kiri) berikutan isu dua kerakyatan – Sumber: kisahdunia.com

Presiden Indonesia, Jokowi Widodo telah memecat Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar selepas mendapati menteri itu sebenarnya mempunyai dua kerakyatan.

Menurut laporan, Archandra yang baru sahaja dilantik menjadi menteri (kemudian digugurkan) memegang pasport dari Indonesia dan juga Amerika Syarikat (AS).

“Sebagai menjawab soalan-soalan orang ramai berhubung kerakyatan Archandra Tahar dan setelah menimbangkan maklumat yang diterima dari pelbagai sumber, Presiden memutuskan dengan secara terhormat melepaskan jawatan Archadra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral,” kata Menteri Sekretariat Negara, Prof Dr Pratikno.

3. Berjalan di Luar Ibarat Berjalan di Atas Api (Suhu Panas)

039074300_1433755061-Ilustrasi-Gelombang-Panas
Gambar sekadar hiasan – Sumber: news.liputan6.com

Fenomena cuaca panas ekstrem telah melanda Kawasan Timur Tengah, sehinggakan suhu di beberapa tempat mencecah 60 darjah Celsius.

Suhu di Kuwait dan Iraq adalah 54 darjah Celsius, manakala suhu di Baghad merekodkan peningkatan melebihi 43 darjah Celcius hari demi hari.

Yang paling membimbangkan sekali adalah di Emeriah Arab Bersatu dan Iran apabila suhu di sana mencatatkan 60 darjah Celsius, di mana ia adalah tertinggi dalam sejarah setakat ini.

Seorang mahasiswa, Zainab Guman yang berasal dari Basra, Iraq, menceritakan pengalamannya bahawa ia rasa seperti berjalan ke dalam api ketika keluar dari rumah.

“Seperti semua bahagian di tubuh anda terbakar, kulit, mata, hidung,” katanya.

4. 2,000 Kakitangan Awam Turki di Pecat Berikutan Cubaan Rampasan Kuasa

erdogan-keseleo-lidah-ini-pembelaan-kantor-presiden-turki-AnK
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan – Sumber: international.sindonews.com

Ekoran cubaan rampasan kuasa pada bulan lalu, lebih daripada 2,000 orang kakitangan awam telah dipecat oleh kerajaan Turki.

Kakitangan awam tersebut termasuk pegawai polis, ratusan anggota tentera dan juga penguasa teknologi komunikasi.

Menurut laporan, semua yang dipecat dikatakan mempunyai kaitan dengan Fethullah Gullen, seorang tokoh agama di Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menjadi dalang disebalik insiden tersebut.

Walaubagaimanapun, Gulen menafikan penglibatannya dalam rampasan kuasa itu.

Presiden Recep Tayyip Erdogan  berkata, beliau berikrar untuk mengambil “tindakan yang sangat keras” kepada semua yang terlibat.

5. Satelit Anti Godam Pertama Dunia Dilancarkan oleh China

image
Satelit baharu China – Sumber: www.sinarharian.com.my

Negara China berjaya mencipta satelit kuantum pertama di dunia yang mempunyai sistem antigodam.

Walaupun mendapat bantahan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), program itu dilaksanakan untuk tujuan keamanan, tegas Beijing.

Menurut laporan, Satelit Quess ini dicipta khas untuk mewujudkan komunikasi kuantum dengan cara penghantaran data dari angkasa lepas ke daratan yang tidak boleh digodam.

Ia juga memiliki ciri keselamatan tinggi kerana foton kuantum yang digunakan tidak boleh dipisahkan, disalin semula atau digodam.

Dengan adanya satelit tersebut,  Beijing dan Urumqi, wilayah barat Xinjiang boleh berkomunikasi dengan selamat berikutan pergolakan yang tercetus akibat pertempuran di antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak.

Sumber Berita: Sinar Harian

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button