Gaya HidupKesihatan

Mahu Kuku Yang Lebih Putih?

Kadang-kadang, jika anda terlalu kerap gunakan produk seperti inai atau penggilap kuku akan membuatkan kuku anda bertukar menjadi kekuningan. Apabila kuku anda kelihatan lebih “kotor” daripada biasa, ia akan membuatkan anda mahu menutup kecacatan itu dengan memakai lebih banyak penggilap kuku dan ini akan membuatkan keadaan kuku anda menjadi lebih teruk.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu lagi rasa resah kerana ada cara yang sangat mudah untuk putihkan kuku anda kembali, dan anda tidak perlu keluarkan satu sen pun!

how-to-get-rid-of-yellow-nails-from-nail-polish-–-10-fast-cures

Dengan hanya sedikit ubat gigi, semua masalah anda itu akan selesai! Untuk setiap kuku, gunakan jumlah sebesar biji kacang ubat gigi (atau kurang) dan sapukan dalam gerakan bulat dengan berus gigi yang anda tidak lagi gunakan, dan biarkannya selama 5 minit sebelum membilasnya.

whitening-toothpaste

4481d4cd-e233-47c0-858c-bb9e14ef1a78

Menurut satu Persatuan Pergigian, ini berfungsi kerana ubat gigi mengandungi pengakis ringan seperti gel silika dan garam fosfat yang boleh membuang kotoran daripada permukaan. Dengan melakukan ini beberapa kali dalam masa seminggu, akan benar-benar berjaya menghilangkan kotoran yang ada pada kuku anda itu.

Sumber: womenshealthmag.com

Show More

Related Articles

Back to top button