Gaya HidupKesihatan

Betul Ke Anda Akan Hidup Lebih Lama Jika Anda Kuat Membaca?

Menurut satu kajian yang diterbitkan bulan lepas oleh Jurnal Sains Sosial & Kesihatan, membaca buku mungkin menjadi penyumbang terbaik kepada jangka hayat yang panjang.

Walaupun membaca majalah atau surat khabar juga merupakan satu perkara yang positif dalam hal usia yang panjang, ia dilaporkan tidak memberi kesan yang sama seperti membaca buku.

Kumpulan penyelidikan kesihatan awam Universiti Yale telah mendapati bahawa mereka yang kerap membaca buku akan hidup lama. Mereka yang suka membaca mempunyai kurang 20% kemungkinan untuk mati dalam tempoh 12 tahun, berbanding pembaca bukan buku.

Stacks of books

“Kami mendapati bahawa membaca buku memberikan lebih daripada satu kelebihan survival daripada membaca surat khabar atau majalah,” kata ketua pasukan penyelidikan Avni Bavishi.

“Kami percaya ini adalah kerana buku menawarkan penglibatan kognitif lebih kuat kerana mereka lebih panjang dan terdapat lebih banyak karakter, plot untuk diikuti, dan lebih banyak kaitan untuk dibuat.”

Namun begitu, walaupun kajian menunjukkan korelasi, ia tidak dapat membuktikan apa-apa penyebab. Ini juga berhubungan dengan hasil yang sama kepada populasi golongan yang lebih muda kerana ia masih belum dapat ditentukan.

55609b8f0423bd81748b4567

10014104_841268099229670_1803649832017645089_o

Pasukan penyelidik menyatakan bahawa dalam kajian mereka pada masa depan, mereka ingin melihat pelbagai jenis buku dan bagaimana sesuatu jenis buku itu mampu memberi kesan kepada usia yang lebih panjang.

Jadi buat masa sekarang, anda boleh teruskan baca buku banyak-banyak untuk dapatkan jangka hayat yang lebih panjang!

Sumber: nextshark.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker