Gaya HidupKesihatan

6 Faedah Kopi Dalam Kecantikan

Kita semua tahu yang kafein membantu kita kekal bertenaga setiap pagi, dan bagi sesetengah orang, ia adalah antara perkara wajib untuk mulakan pagi mereka. Bagi anda yang gilakan kafein dan kecantikan, kami mempunyai enam faedah kafein dari aspek kecantikan yang anda perlu cuba!

  1. Ia boleh mengurangkan keradangan

Ada sebab mengapa kafein sering dijumpai dalam produk yang bertujuan untuk menghapuskan keadaan bengkak pada muka anda.

“Kopi adalah penuh dengan antioksidan penting yang boleh mencegah atau melambatkan kerosakan sel-sel, oleh itu ia mampu mengurangkan keradangan yang ada di dalam badan anda,” kata Julie Russak, M.D., pakar dermatologi di New York City.

Untuk dapatkan faedah ini, anda boleh cuba Algenist Complete Eye Renewal Balm ($65, sephora.com).

 

  1. Ia membantu menghilangkan lingkaran hitam

Menurut Russak, sifat-sifat anti-radang yang ada dalam kopi juga sangat berkesan untuk melawan lingkaran hitam.

Ia membantu dengan mengurangkan jumlah darah yang terkumpul di bawah mata (faktor utama yang menyumbang kepada lingkaran hitam).

Jika anda meletakkan kopi di permukaan kulit, ia akan mengecilkan saluran darah itu.

Oleh kerana kawasan di bawah mata anda adalah antara saluran limfa, kafein dapat membantu menggalakkan peredaran dan mengeluarkan air dari sistem itu.

Untuk dapatkan faedah ini, anda boleh cuba 100% Pure Organic Coffee Bean Caffeine Eye Cream ($ 25, 100percentpure.com).

 

  1. Ia merawat rosacea

Oleh kerana kafein merupakan antioksidan yang kuat, ia mempunyai keupayaan untuk menenangkan kemerahan, gatal-gatal, dan kulit yang bertompok-tompok disebabkan oleh rosacea.

Untuk dapatkan faedah ini, anda boleh cuba First Aid Beauty Anti-Redness Serum ($ 36, ulta.com) kerana ia mengandungi kafein dan sulfur untuk membantu melawan kemerahan itu.

 

 

 

 

  1. Ia melegakan kerosakan disebabkan cahaya matahari

04-beauty-benefits-of-caffeineKajian telah menunjukkan bahawa kafein boleh membantu menyekat protein ATR (ataxia telangiectasia), oleh itu ia mampu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan, sekaligus, mengurangkan risiko kanser kulit.

Sapu Alba Botanica Kona Coffee After Sun Lotion ($8, amazon.com), bersama-sama dengan pelindung matahari, untuk perlindungan tambahan.

 

 

  1. Ia memberi peranan dalam pertumbuhan rambut yang sihat

Protein yang sama itu juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada folikel rambut anda (salah satu penyebab utama pada keguguran rambut pra-matang.)

Kafein bertindak sebagai kenderaan untuk menembusi ke dalam sel-sel dan membantu untuk menyampaikan bahan-bahan aktif yang ada ke dalam folikel rambut anda.

Kafein boleh digunakan secara retroaktif untuk membantu memulihkan pertumbuhan rambut atau sebagai sebahagian daripada rutin biasa anda untuk mengelakkan keguguran rambut yang tidak normal.

Untuk dapatkan faedah ini, anda boleh cuba OGX Anti-Hair Fallout Niacin3 & Caffeine Shampoo ($8, ulta.com).

 

  1. Ia melicinkan kulit anda

Akhir sekali, kopi boleh membantu anda menangani selulit yang selama ini menjengkelkan. “Kafein akan membuatkan sel-sel lemak kering dan merangsang peredaran darah, dengan ini, mampu menjadikan kulit kelihatan lebih ketat dan lebih licin,” kata Russak.

Walau bagaimanapun, kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak boleh menjadi sandaran bagi penyelesaian jangka panjang.

Untuk dapatkan faedah ini, anda boleh cuba Bliss FatGirlSlim Skin Firming Cream ($ 36, blissworld.com).

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button