Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Soda: Bagaimana Untuk Berhenti Ketagihan Itu

Sugar-cube-404033 

Ia mungkin sukar untuk menghentikan tabiat anda untuk setiap kali minum soda tak kira pagi, siang atau malam, tetapi ini adalah sebab mengapa anda perlu cuba: Mengikut satu kajian baru dalam jurnal Circulation, orang yang minum sekurang-kurangnya satu minuman bergula sehari akan mengumpul lemak perut mendalam dari semasa ke semasa lebih kuat berbanding dengan mereka yang langsung tidak mengambil bahan manis ini.

facts-about-soda-fat

Ini merupakan satu berita yang sangat buruk kerana jenis lemak ini berkait dengan isu-isu kesihatan seperti penyakit jantung dan diabetes jenis 2. Oleh itu sudah tiba masanya untuk anda berhenti melakukan tabiat ini. Untuk cara yang lebih mudah dan berkesan, gunakan tips ini membantu anda.

TUKAR MINUMAN KEGEMARAN ANDA

-1x-1

Pilih minuman berperisa yang kurang gula, dan kemudian biasakan diri anda dengan minuman yang tanpa gula pula.

MULAKAN RUTIN YANG BARU

drinking_water_man_640

Mungkin untuk minum minuman manis telah pun menjadi ritual harian bagi anda. Oleh itu, apabila masa untuk anda minum soda itu tiba, cepat-cepat ambil satu botol air kosong dan berjalan selama 5 minit di sekitar rumah atau pejabat anda. Ini akan alihkan perhatian anda daripada mahukan minuman bergula itu.

TAMBAHKAN ‘UMMPHH’ DALAM MINUMAN ANDA

2D5E592900000578-3262057-image-a-1_1444734951679

Anda sukakan soda disebabkan kafein dan gasnya? Untuk dapatkan sensasi pengkarbonan seperti yang ada dalam air soda, minum segelas air sparkling tanpa gula, kemudian secawan kopi hitam untuk dapatkan rasa segar yang anda selalu dapat apabila minum soda itu. Dan jika anda mahukan rasa manis yang lebih, makan sedikit coklat gelap, kerana di samping rasanya yang manis, ia mempunyai kalori yang lebih sedikit daripada soda ada, dan ini akan lebih menjamin kesihatan anda.

Sumber: Womansday.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button