Gaya HidupPercutianTeknologi

Anda Perlukan Aplikasi Ini Jika Anda Suka Mengembara

Terpaksa kerap kerja sambil mengembara dan harus sentiasa bersedia untuk mengembara ke luar negara memerlukan kemahiran yang banyak.

Antara semua kemahiran tersebut, gajet anda adalah antara penyumbang utama yang memberikan banyak bantuan kepada anda sambil mengembara.

Dengan semua aplikasi menarik yang terdapat di pasaran itu, ia akan membuat misi perancangan hidup mengembara anda menjadi lebih mudah. Berikut adalah antara aplikasi-aplikasi yang akan membantu sepanjang tempoh anda mengembara:

  1. Packing Pro

Packing-Pro

Aplikasi yang berharga 2.99 dolar (RM11.90) satu ini sangatlah berguna untuk membantu anda dalam proses mengemas barang dan mengurangkan risiko anda daripada terlupa sesuatu.

Anda boleh membuat senarai barang-barang yang anda perlukan berdasarkan bilangan hari anda akan berada di luar negara, bilangan pelancong, suhu, destinasi dan juga keutamaan perkhidmatan dobi.

Dengan aplikasi ini, anda akan dapat membuat senarai barang-barang yang anda perlukan, supaya anda tidak akan tertinggal apa-apa barang penting di rumah.

  1. TripIt

TripIt-Family-Travel-app

TripIt adalah aplikasi percuma yang membolehkan anda untuk merancang perjalanan anda yang seterusnya. Ia akan sync e-mel anda, jadi anda akan boleh membuat jadual perjalanan anda dan anda juga akan mendapat pemberitahuan automatik sekiranya penerbangan terlewat atau dibatalkan.

  1. T2Transfer

 

X1TlKkif

T2Transfer adalah satu platform di mana pelancong boleh mencari pengangkutan dari dan untuk ke lapangan terbang. Apa yang menarik adalah anda boleh menempah teksi dalam talian dan ini akan menjimatkan masa dan membuatkan ianya lebih mudah untuk mencari teksi dengan seorang pemandu yang ikhlas dan tidak akan tambang terlalu mahal.

4. HopStop

hopstop_logo-copy

HopStop adalah satu aplikasi yang menyediakan maklumat mengenai pengangkutan awam, dari laluan bas untuk ke transit awam dan banyak lagi. Buat masa sekarang, aplikasi ini boleh digunakan di bandar-bandar di Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada.

5. aMetro

ametro_logo
Ametro merupakan satu lagi aplikasi yang mampu menunjukkan anggaran masa perjalanan antara sistem transit yang banyak. Seterusnya, aplikasi ini boleh digunakan di seluruh dunia dan ini termasuk maklumat mengenai bas, kereta api dan metro.

6. Triposo

maxresdefault

Triposo adalah aplikasi percuma yang boleh digunakan walaupun di luar talian (offline), dan ini adalaah sangat berguna sekiranya and sering berada di kawasan yang tiada talian.

Untuk menggunanya, anda hanya perlu memuat turun panduan negara bandar yang akan anda pergi; Triposo kini meliputi kira-kira 27,000 bandar-bandar.

Bagi bandar-bandar utama aplikasi ini menyediakan maklumat mengenai restoran-restoran, aktiviti apa yang menarik untuk dilakukan pada waktu malam dan tempat yang penting.

7. GateGuru

 

1_home

GateGuru adalah sebuah aplikasi yang membantu anda untuk kekal kemaskini dengan semua maklumat mengenai penerbangan anda. Aplikasi ini akan memberitahu anda tentang kelewatan, perubahan pintu, masa untuk ditunggu dan apa-apa butiran lain tentang lapangan terbang, bersama-sama dengan maklumat cuaca. Tambahan pula, peta dan maklumat lapangan terbang juga disediakan.

8. Skyscanner

logo
Skyscanner mungkin salah satu aplikasi yang terbaik yang pernah dicipta, bukan sahaja untuk orang yang kuat bekerja di luar negara, tetapi juga untuk semua pelancong. Ini kerana Skyscanner membantu anda mencari penerbangan paling murah! Walau bagaimanapun, ini bukan satu-satunya manfaat yang anda boleh dapat daripada menggunakan aplikasi ini, kerana anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk mencari urusan perjalanan yang paling fleksibel, pada kadar yang terbaik.

Sumber: http://www.lifehack.org/

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button