Gaya HidupKecantikan

Inginkan Kulit Yang Berseri Dan Bersih Dalam 30 Saat?

Kulit yang cantik dan ‘flawless’ adalah ibarat definisi kecantikan kepada setiap wanita, dan ia sememangnya satu idaman yang amat digila-gilakan. Ramai yang telah menghabiskan duit sebanyak beribu-ribu ringgit hanya untuk dapatkan kulit bak bidadari itu. Namun, kadangkala ianya susah untuk dicapai untuk sesetengah wanita yang sentiasa sibuk disebabkan kerja untuk betul-betul komited dengan rutin penjagaan kulit mereka.

Mereka sedangkan tidak mempunyai masa, hanya untuk membersihkan muka sendiri, sedangkan menurut kajian baru-baru ini mengatakan bahawa pembersihan kulit yang pantas adalah antara kunci kepada kulit yang cantik. Oleh itu, kami telah jumpa beberapa cadangan daripada Cosmopolitan tentang bagaimana cara yang terbaik untuk mendapat kulit yang cantik dan bersih dalam 30 saat sahaja!

  1. Untuk anda yang gunakan makeup remover biasa, Cleansing Oil adalah jawapan untuk anda.

 
best_cleansing_oils_a

Pertama sekali, bagi yang kulit berjerawat, tips ini tidak akan membantu anda. Tetapi, untuk anda yang berkulit kering atau kombinasi, ini adalah ruji baru anda. Kandungan argan dan zaitun yang digunakan adalah terbaik untuk menanggalkan kesan makeup yang degil, kotoran, dan minyak dengan pantas tanpa membuat kulit anda rasa ketat!

SHU_14_Oils_Reviews_CAT_Left_EN

Anda hanya perlu ambil sedikit daripada minyak itu dan mula sapu dari kening, ke bawah. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga minyak itu berubah teksturnya seperti susu dan bilas.

  1. Jika makeup wipes adalah pilihan anda selama ini, anda pasti akan sukakan Micellar Water.

blog-micellar-water

Tujuan ramai orang memilih makeup wipes adalah kerana ia tidak perlu dibilas dengan air setelah digunakan. Begitu juga dengan micellar water ini! Ia merupakan pembersih air yang anda tidak perlu bilas disebabkan cirinya yang tidak berbuih mahupun bersabun. Apa yang paling penting adalah, ia sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit!

079f248b-cabb-40a6-9c21-32cfbbce9c6b.png.w480

Anda hanya perlu basahkan kapas dengan air itu dan gunakannya seperti mana anda gunakan makeup wipes selama ini.

  1. Tuala kecil adalah pilihan anda selama ini? Anda boleh mula tukarnya jadi Konjac Sponge pula selepas ini

 

 Facial-Konjac-Sponges

Tugas span ini adalah untuk membersih muka anda sambil bertindak sebagai penyental kulit mati pada masa yang sama! Span yang diperbuat daripada akar sayur-sayuran  ini mempunyai tekstur yang sangat lembut dan untuk sesetengah span, mereka mempunyai bahan seperti arang dan antioksidan, contohnya teh hijau, yang mampu menyerap minyak.

utiliser_eponge_konjac

Basahkan span itu dan mula sental! Anda boleh tambah sedikit pembersih padanya jika anda mahu. Anda boleh gunakannya setiap hari, mengikut keselesaan. Tetapi sekiranya kulit anda terasa ketat dan terdapat kemerahan, kurangkan penggunaan.

  1. Gunakan serbuk pembersih sebagai pengganti skrub anda!

  

powdered-cleanser 

Jika anda biasa dengar tentang dry shampoo selama ini, ia mempunyai konsep yang sama dengan serbuk pembersih ini. Serbuk yang dihasilkan daripada mengisar enzim dan penyental bersama ini akan bertukar menjadi pembersih yang lembut setelah bercampur dengan air.

KoreanNaturalCosmeticsMagicEnzymePowderWashFaceCleanser70g-OatMeal11_zps81a81d11

Untuk digunakan sebagai penyental, anda hanya perlu campurkan sedikit air pada serbuk itu untuk membentuk satu campuran krim yang pekat (Anda juga boleh campurkan lebih air untuk dapatkannya dapat bentuk yang lebih lembut dan berbuih). Urut pada kulit muka anda seperti skrub biasa dan bilas.

  1. Jika anda gemarkan facial mewah, anda tentu akan suka cleansing balm

 

top-three-cleansing-balms-clinique-take-the-day-off-cleansing-balm-emma-hardie-moringa-cleansing-balm-the-body-shop-chamomile-cleansing-butter-review 

Tekstur cleansing balm yang pekat dan lembut ini bagus untuk aliran darah pada muka anda apabila di urut dengan lembut. Ia juga akan memberikan anda satu perasaan yang tenang dalam proses menggunanya. Walau bagaimanapun, bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, ianya lebih baik untuk jauhkan diri anda daripada produk ini.

cliniquetakethedayoffvideostopimage

Dengan menambah sedikit air padanya, sapu pada muka anda hingga ia menjadi agak berminyak atau krim yang lembut dan bilas. Dengan produk ini, anda pasti akan mendapat kulit yang bersih, lembut dan gebu.

Sumber: http://cosmopolitan.my

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button