Gaya Hidup

Tag Pakaian: Rasa Serabut? Anda Mungkin Lebih Berbakat daripada Anda Sangka

Adakah anda antara mereka yang suka memotong label atau tag daripada pakaian anda sebaik sahaja anda membelinya? Jika ya, maka anda mungkin termasuk dalam golongan individu yang mempunyai “overexcitability” atau bakat emosional.

Istilah ini telah dicipta oleh pakar psikiatri dan psikologi Poland, Kazimierz Dabrowski yang memperkenalkan overexcitability sebagai perasaan yang kuat dalam diri kita yang disebabkan oleh tindak balas yang tinggi terhadap rangsangan. Ini bermakna anda akan rasa mudah jengkel oleh apa-apa sahaja seperti bunyi yang berulang-ulang atau kuat, tekstur fabrik apabila bersentuh dengan kulit, ataupun untuk tidak menyukai makanan tertentu kerana tekstur atau rasanya.

Cotton-labels-640x372

Dan ciri-ciri ini juga terdapat dalam diri kanak-kanak. Sekiranya anda mempunyai waktu yang sukar untuk mengajar anak-anak anda, jangan risau kerana ini bermakna mereka adalah lebih bijak dan kreatif daripada yang anda sangkakan.

Apa yang lebih menarik adalah, mereka yang termasuk dalam golongan ini mempunyai hubungan antara overexcitability dan menjadi sangat pintar dan berbakat terutama dalam bidang kreatif seperti seni, bahasa dan muzik. Ia seolah-olah overexcitability ini adalah dimana sistem saraf anda akan mudah terangsang hingga ke puncak yang meningkatkan intensiti dan sensitiviti dalam mereka yang bijak.

Ini Adalah Lima Jenis Overexcitability:

  1. Overexcitability Psikomotor:

overexcitabilities_intellectual

Keperluan berterusan untuk bergerak dan sering menggambarkan emosi mereka melalui pergerakan fizikal. Orang-orang seperti ini boleh mengalami gangguan Tic atau tabiat saraf.

  1. Overexcitability Ghairah:

Sensual-Overexcitability

Jenis ini adalah yang paling biasa di luar sana dan ini merujuk kepada orang-orang yang rasa perlu membuang tag dari pakaian mereka dengan segera, tidak suka makanan tertentu kerana tekstur dan rasa, dan secara umumnya mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap semua deria: penglihatan, bunyi, bau, sentuhan, dan rasa.

  1. Overexcitability Emosi:

5379840646_e2ccd0b24d_z

Golongan ini menggunakan emosi mereka dengan cara yang melampau tidak kira negatif atau positif. Mereka juga mungkin menderita secara fizikal daripada emosi mereka seperti sakit kepala disebabkan kebimbangan.

  1. Overexcitability Intelek:

Emotional-Overexcitability

Jenis ini sering didapati dalam golongan kanak-kanak. Ia muncul sebagai rasa cinta untuk menimba ilmu; rasa ingin tahu yang mendalam dan sentiasa seolah-olah hilang dalam pemikiran mereka sendiri.

  1. Overexcitability Imaginasi:

635905610056259178-113342303_Children

Golongan ini mempunyai imaginasi yang menakjubkan dan ia biasanya menjelma dengan mimpi yang jelas dan juga mempunyai rasa cinta terhadap muzik dan drama. Namun begitu, secara nagatifnya, ia boleh menyebabkan mereka mempunyai idea terhadap senario kes yang terburuk dan kebimbangan yang umum.

Overexcitability adalah sifat semula jadi dan bukan sesuatu yang anda boleh hindari. Jadi, daripada memberi tumpuan negatif kepada perkara-perkara yang membuat anda tertekan, ianya lebih baik untuk memberi tumpuan kepada pemikiran dan tindak balas positif anda.

Sumber: http://www.lifehack.org/

Show More

Related Articles

Back to top button