Gaya HidupKesihatanSukan

Jangan Makan Ubat Penahan Sakit Sebelum Anda Bersenam

Apabila anda bersenam dengan kerap, anda juga akan rasa sakit-sakit badan dengan kerap. Sudah pasti anda mahu mengurangkan kesakitan itu betul? Tapi pernah rasa sakit sehingga anda beralih kepada ubat penahan sakit? Walaupun ia mungkin idea yang baik untuk makan ubat penahan sakit, ia sebenarnya bukan idea yang paling bijak, kata Kristin Speaker, Ph.D., penyelidik dan pakar fisiologi di Pusat Kesihatan Anschutz dan Pusat Kesejahteraan di Colorado.

Unknown

“Ubat penahan sakit memberi kesan kepada seluruh badan anda, bukan sahaja bahagian yang sakit itu,” kata beliau. “Ini bermakna mereka boleh menyekat keupayaan badan anda untuk bertindak balas dan pulih daripada senaman itu dengan betul.”

TINDAK BALAS BADAN ANDA TERHADAP UBAT IBUPROFEN

Apabila anda mengalami kesakitan, tisu-tisu di dalam badan anda akan menghasilkan satu kumpulan sebatian lipid yang dipanggil prostaglandin. Ia akan berjalan dalam darah anda hingga ke otak, dan bertindak sebagai isyarat yang menyebabkan bengkak di tisu anda (juga dikenali sebagai, keradangan) dan demam. Prostaglandin ini dikawal oleh enzim COX.

d4bdf25b479fbdadc1d286060e74e115

Apabila anda mengambil ubat tahan sakit yang tiada steroid anti-radang (NSAID) seperti Advil / ibuprofen atau Aleve / naproxen, anda sebenarnya sedang menghalang kedua-dua jenis enzim COX yang diperlukan untuk pengeluaran prostaglandin, yang pada dasarnya sumber untuk mengurangkan keradangan dan demam, kata Speaker. Tetapi COX enzim juga memainkan peranan yang penting dalam melindungi perut dan lapisan usus. Oleh itu, apabila anda menyekat enzim itu, perut anda sebenarnya berada dalam risiko.

8_painkillers_140803288

Menurut satu kajian yang dilakukan pada tahun 2012 terhadap ubat ibuprofen ini, mereka mendapati bahawa ibuprofen tidak mampu mengurangkan kesan kesakitan otot anda, dan ini bermaksud anda tidak akan dapat bersenam dengan baik walaupun anda menggunakan pil tahan sakit mereka. Oleh itu, walaupun pada mulanya ibuprofen boleh membantu melegakan keradangan itu, ia adalah lebih baik untuk hanya mengambil pil tahan sakit selepas anda bersenam, dan bukan sebelumnya.

KENAPA ACETAMINOPHEN PUN TIDAK BEGITU BAGUS

Mengambil ubat tahan sakit seperti acetaminophen yang juga dikenali sebagai Tylenol, sebelum anda bersenam boleh membuat keupayaan badan anda untuk mengawal suhu menjadi kucar-kacir, kata Speaker. Apabila ini berlaku, ia boleh membawa kepada isu-isu sepert tiroid.

1318840_171249__40237

“Apa yang membuatkan Tylenol unik adalah, ia tidak dapat menghalang enzim COX di dalam badan anda secara 100%; sebaliknya ia lebih berkesan dalam pusat sistem saraf,” kata Speaker. “Inilah sebebnya mengapa ia lebih baik dalam mengurangkan demam. Ia tidak mempunyai ciri-ciri anti-radang yang kuat, jadi Tylenol adalah lebih baik untuk mengurangkan sakit kepala dan demam, tetapi tidak begitu baik untuk kesakitan otot dan kecederaan. “

KESIMPULANNYA

Jika anda berada dalam kesakitan yang kuat dan ingin mengambil pil tahan sakit semata-mata untuk kembali bersenam, ia adalah penting untuk rehat sahaja di rumah sehingga sakit itu berkurangan, kata Speaker.

Sumber: http://www.menshealth.com/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button