Gaya HidupMakan & Minum

Bahan Ini Akan Buat Ikan Salmon Anda Rasa Lebih Sedap Apabila Dimasak!

Sekiranya anda penggemar ikan, anda mungkin tahu yang ikan salmon adalah antara ikan yang agak rumit untuk dimasak. Ia boleh menjadi satu hidangan yang sangat sedap dan lembut sekiranya dimasak dengan betul, dan juga boleh bertukar menjadi satu hidangan yang sangat kering, tawar dan membosankan sekiranya dimasak dengan cara yang salah (contohnya, terlebih masak).

Baiklah, jadi kami mempunyai berita baik untuk anda, kerana kami ada satu bahan rahsia yang akan membuat ikan salmon anda akan tetap rasa sedap walaupun anda terlebih masak mereka!

Tahukah anda, dengan hanya menggunakan sedikit gula perang akan membuatkan hidangan salmon anda rasa seperti hidangan di hotel 5 bintang?

Ya, betul itu, dengan hanya satu lapisan yang ringan daripada salutan gula perang itu bersama sedikit bahan lain dalam pantri anda, akan membuat hidangan salmon anda rasa lazat dan manis seperti karamel dan kelihatan berkilat. Mahu tahu bagaimana untuk membuatnya? Ikut resepi di bawah dan anda akan dapat nikmati hidangan yang lazat ini bila-bila masa sahaja:

brown-sugar-recipe-inset

Pan-Seared Salmon with Brown Sugar–Mustard Glaze

Masa penyediaan: 10 minit

Jumlah masa keseluruhan: 20 minit

Hidangan untuk 4 orang

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar gula perang
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk biji sawi (mustard)
  • 4 salmon filet
  • 2 sudu teh minyak zaitun

unnamed

Cara-cara:

  1. Kacau bersama-sama gula, jintan putih, serbuk biji sawi, 1 ½ sudu teh garam dan 1 sudu teh lada hitam yang baru ditumbuk halus dalam mangkuk kecil. Dengan kulit salmon itu menghadap ke bawah, salutkan isi salmon dengan bahan-bahan tadi dengan rata.
  1. Sediakan minyak di dalam kuali anti-lekat di atas api sederhana. Apabila ia sudah panas, masukkan ikan dan pastikan ianya bahagian yang disalut yang bersentuh dengan kuali. Masak sehingga salutan yang ada pada ikan itu larut dan sedikit gelap (berhati-hati untuk tidak membakarnya), kira-kira selama 4 minit. Terbalikkan ikan dan masak untuk kadar sederhana, kira-kira 1 minit lagi. Dan ia sedia untuk dihidangkan dengan sayur-sayur atau makanan sampingan kegemaran anda yang lain. Selamat menjamu selera!

Ini adalah kadar nutrisi dalam setiap hidangan ini:

250 cal, 34 g pro, 7 g karbohidrat, 0 g serat, 7 g gula, 9 g lemak, 2 g duduk lemak, 806 mg natrium.

Sumber: http://www.eatclean.com/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker