Gaya HidupMakan & MinumTeknologi

Suka Minum Starbucks? Ini Rahsia Sebenar Kegunaan Tudung Cawan Plastik Mereka

Siapa sahaja yang berada di era milenium ini tidak kenal dengan minuman yang berjenama Starbucks ini? Dengan menu mereka yang menawarkan variasi jenis air – Frappuccino, latte, espresso dan kopi, hingga ke pastri-pastri dan banyak lagi makanan lain, ramai yang tidak dapat lari daripada tarikannya.

Jika selama ini anda sering membeli air yang mereka jual, anda mungkin tidak sedar dengan keseluruhan fungsi cawan plastik mereka.

trbghzsds291

Cawan plastik yang kami katakan adalah cawan yang anda dapat apabila anda memesan minuman ais dan menerimanya dalam satu cawan plastik lutsinar, trademark jenama ini yang datang bersama dengan penutupnya.

Dan setelah anda menerima minuman ini, anda cucukkan straw ke dalamnya dan teruskan hari anda. Tetapi, di sini lah di mana anda telah melakukan kesilapan yang sangat besar dengan kemudahan yang ada pada penutup cawan tersebut!

Rupa-rupanya tudung plastik yang digunakan pada cawan plastik air-air sejuk Starbucks ini mempunyai fungsi lain yang kita tidak pernah tahu dan sangka sebelum ini!

Tahukah anda, bahawa tudung itu sebenarnya membawa faedah yang sangat besar kepada anda yang mempunyai OCD atau sekiranya anda sangat sayangkan kesempurnaan meja anda.

Ini kerana,  penutup ini sebenarnya bukan sahaja untuk memastikan minuman anda tidak melimpah keluar. Ternyata ia sebenarnya untuk digunakan sebagai alas cawan itu sendiri! Menakjubkan bukan?!

Jadi, selepas ini anda tidak perlu lagi mengalas cawan anda dengan tisu dan terpaksa melihat meja anda basar dengan air wap yang mengalir. Apa yang anda perlu buat adalah, hanya cabut penutup itu, dan gunakannya sebagai alas cawan anda!

Ini bagaimana caranya:

1468858994-syn-ghk-1468773510-syn-svn-1468698723-syn-cos-1468659694-starbucks-coaster

1468858999-syn-ghk-1468773514-syn-svn-1468698730-syn-cos-1468659809-starbucks-coasters

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button