AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Referendum Thai: Membawa Kestabilan Atau Hanya Mengukuhkan Kuasa Tentera?

Negara Thailand telah dibelenggu pergolakan politik selama satu dekad, di mana krisis tersebut telah menjejaskan sebuah negara yang pernah disanjung kerana memperoleh kemajuan dalam demokrasi.

Tetapi pada tahun 2014, keadaan menjadi semakin buruk pihak junta tentera yang diketuai oleh Jeneral Prayuth Chan-o-cha (kini perdana menteri Thailand) menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara sah melalui demokrasi sekali gus bertindak memansuhkan perlembagaan pada waktu itu.

Thailand's Prime Minister Prayuth Chan-ocha poses as he casts his vote in a referendum on a new constitution at a polling station in Bangkok, Thailand, Sunday, Aug. 7, 2016. Thais voted Sunday in a referendum on a new constitution that critics say is tailor-made for the military government to stay in control for several years and entrench a new, quasi-democratic system that gives vast powers to appointed officials. (AP Photo/Sakchai Lalit)
Perdana Menteri Thailand melaksanakan undiannya – Sumber: indianexpress.com

Sejak rampasan kuasa pihak tentera di sana, mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam mentadbir negara.

Keadaan negara kelam kabut, ekonomi semakin merudum dan pergolakan juga masih tiada penghujungnya.

Pada 7 Ogos 2016 semalam, rakyat diberi peluang untuk mengundi buat kali pertama sejak selepas 2 tahun, sama ada bersetuju atau tidak dengan perlembagaan baru yang digubal oleh pihak tentera melalui satu referendum.

Soldiers hold banners as they march during a campaign encouraging the public to vote in the upcoming referendum on Thailand's draft constitution in the southern restive province of Narathiwat on July 22, 2016. The constitutional referendum scheduled on August 7, 2016 comes two years after the military junta seized power in May 2014. / AFP / MADAREE TOHLALA (Photo credit should read MADAREE TOHLALA/AFP/Getty Images)
Tentera memegang banner dalam berkempen mengajak orang ramai mengundi untuk referendum tersebut – Sumber: time.com

Dengan adanya referendum perlembagaan ini, kerajaan tentera turut memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya umum yang sepatutnya berlangsung pada bulan Januari 2017 nanti lewat beberapa bulan.

Walaupun keputusan majoriti (61.45%) memihak kepada persetujuan referendum itu, ramai juga pihak yang membantah di atas dakwaan bahawa perlembagaan baharu ini hanya akan menguatkan lagi pihak tentera dan melemahkan sistem demokrasi.

Di dalam perlembagaan tersebut, mana-mana kerajaan yang bakal dibentuk selepas pilihan raya umum tahun depan akan menjalankan pemerintahan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak tentera.

thailand-election
Pekerja Suruhanjaya Pilihanraya (EC) yang mengajak orang ramai untuk mengundi referendum itu – Sumber: www.channelnewsasia.com

Jadi, adakah perlembagaan baru ini mampu menamatkan pergolakan politik yang sekian lama berlaku atau hanya akan meningkatkan lagi kuasa tentera?

Menurut pihak tentera, perlembagaan baharu mereka itu akan membendung gejala rasuah yang berleluasa dalam politik dan juga membawa kestabilan selepas keadaan yang tidak menentu sejak beberapa tahun lalu.

Tetapi, seorang pakar politik dari Universiti Chulalongkorn bernama PuangThong Pawakapa berkata, perlembagaan itu hanya akan melemahkan lagi ahli politik awam dan meningkatkan kuasa tentera dan golongan elit diraja di sana.

Puangthong Pawakapan
Pakar politik dari Universiti Chulalongkorn, Puangthong Pawakapan – Sumber: khmerization.blogspot.com

“Jika draf perlembagaan itu diluluskan, tentera dan golongan elit akan memiliki kesahihan untuk menguasai sistem politik Thai,” katanya.

Referendum berkontroversi itu juga menuntut agar senat yang dilantik junta termasuk enam kerusi yang dikhaskan untuk ketua tentera bagi mengimbangi ahli perundangan yang dipilih oleh rakyat.

Walaupun perlembagaan baharu ini seolah-olah menuju ke arah demokrasi, segala peraturan yang ditetapkan tidak langsung melambangkan demokrasi

Sebelum pungutan suara (undian) dijalankan, tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menganjurkan sebarang sesi debat.

3500
Antara aktivis yang tidak setuju dengan referendum itu – Sumber: www.theguardian.com

Malah, sesiapa yang berkempen untuk membantah referendum tersebut akan ditangkap. Setakat ini, statistik kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia menunjukkan bahawa sebanyak 195 tangkapan telah dilaksanakan atas sebab melakukan bantahan.

Menurut Persatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa, perlembagaan tersebut mewujudkan institusi yang tidak demokratik, melemahkan kuasa kerajaan yang dipilih rakyat pada masa depan, dan kemungkinan akan mencetuskan keadaan politik yang tidak stabil.

Jadi, apa pandangan anda? Adakah perlembagaan baharu ini demokratik dan mampu menamatkan pergolakan yang telah sekian lama berlaku?

Ataupun ia hanya akan mengukuhkan lagi bidang kuasa junta tentera dan golongan elit?

Di bawah ini, kami berkongsi bersama anda sebuah video yang menceritakan keadaan yang berlaku di sana secara ringkas dan padat.

 

 

Sumber:

1.  http://www.bbc.com/news/world-asia-36972396

2. http://www.pressreader.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker