Gaya Hidup

Bercakap Seperti Bayi Adalah Baik Untuk Anak Anda

Bercakap seperti bayi yang dimaksudkan adalah apabila anda mengeluarkan suara yang nyaring yang anda sering gunakan untuk bercakap dengan bayi anda a.k.a “baby talk”. Sama ada kita sedar yang kita lakukannya atau tidak, ia sering datang dengan semula jadinya apabila anda bercakap dengan mereka. Walaupun mungkin ramai yang kata ianya lebih baik untuk bercakap dengan anak-anak anda seperti orang dewasa, kajian menunjukkan sebaliknya.

CA_Baby_Talk_class

Menurut penyelidikan baru daripada Universiti Rutgers, menggunakan baby talk apabila anda berkomunikasi dengan anak-anak anda sebenarnya baik untuk mereka. Walaupun sebelum ini pakar-pakar telah mengatakan yang bercakap dengan anak-anak anda seperti mereka orang dewasa akan membantu mereka untuk belajar bahasa dengan lebih cepat, penemuan baru ini membuktikan yang sebaliknya adalah lebih benar.

baby-talking

talking-to-babies-makes-them-smarter-537x402

Untuk mengkaji keberkesanan baby talk ini, penyelidik Rutgers Patrick Shafto dan Baxter Eaves telah mengkaji bunyi vokal percakapan orang dewasa dan mencipta satu model matematik yang meramalkan bagaimanakah bentuk corak ucapan ini akan jadi jika ia telah direkabentuk untuk mengajar kanak-kanak.

Mereka kemudiannya membandingkan “bahasa pengajaran” baru ini kepada cara percakapan orang dewasa gunakan apabila bercakap dengan satu sama lain dan percakapan yang mereka gunakan apabila bercakap dengan kanak-kanak. Shafto dan Eaves akhirnya mendapati bahawa baby talk adalah lebih sesuai daripada yang sebaliknya.

Walaupun para penyelidik memberi amaran bahawa penemuan ini adalah baru di peringkat awal (dan bahawa keberkesanan sebenar jenis percakapan ini adalah satu perkara yang sukar untuk diukur), Shafto percaya bahawa ianya lebih mudah untuk bayi untuk memproses baby talk dan kemudian mengubahnya menjadi kemahiran bahasa.

“Bunyi yang dipilih [dengan baby talk] akan membuatkan kita menekan satu perkara dalam percakapan itu dengan lebih kuat dan ini akan membuat bayi itu lebih memahami arahan dan apa yang mereka perlu belajar,” kata Shafto lagi.

“Jika anda menggunakan baby talk dengan betul, apa yang anda akan dapat selepas itu adalah seorang pelajar yang boleh belajar dengan lebih cepat daripada data yang lebih sedikit.”

Oleh itu, lain kali apabila anda menggunakan baby talk apabila bercakap dengan bayi anda, mereka akan lebih mudah untuk mengambil kemahiran berbahasa dengan lebih cepat.

Sumber: Goodhouseskeeping.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button