Gaya HidupKecantikan

Mahukan Leher Yang Kekal Anjal? Ini Cara-Caranya

landscape-1469205795-landscape-1468949959-stocksy-txp06b9a31bex4100-medium-217236

Apakah cara yang terbaik untuk anda lakukan untuk hilangkan semua kedut-kedut itu?

Apakah satu lagi perkara yang anda perlu lakukan selain daripada menggunakan SPF setiap hari? Jawapan untuk itu adalah dengan menggunakan krim leher / décolletage yang melembapkan, menyuburkan dan mengembalikan keanjalan kepada leher anda.

Berikut adalah beberapa krim leher yang anda boleh pilih untuk dijadikan produk ruji baru anda:

1469205480-mc_071916_neck4

Ole Henriksen Ultimate Lift Neck Crème

Jika efek menegangkan dan mengetatkan yang anda inginkan, produk ini akan memberikan kulit anda kehidupan baru dengan koktel kuatnya daripada tembaga tripeptides (mereka melambatkan kesan penuaan dan menggalakkan pertumbuhan elastin) dan penggalak kolagen botani untuk membantu mengangkat, mengisi, dan menghapuskan kedut pada kulit. Selain itu, ia juga penuh dengan asid hyaluronic yang baik untuk hidrasi.


1469205481-mc_071916_neck1

L’Oreal Paris Age Perfect Hydra-Nutrition Golden Balm Face Neck & Chest

Formula produk ini dicipta terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Krim ultra tebal dan penuh dengan antioksidan dan Vitamin C ini adalah satu pelembap yang sangat baik yang mampu mengurangkan penampilan garis-garis halus yang wujud dan kedutan.


1469205483-mc_071916_neck5

Estée Lauder Resilience Lift Firming/Sculpting Face and Neck Creme

Krim ini bukan sahaja mempunyai spektrum SPF 15  yang luas (walaupun anda akan perlu memakainya dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan perlindungan yang kukuh) tetapi juga mempunyai bahan pembunuh antioksidan dan bahan-bahan anti-radang untuk menyuburkan, mengetatkan, dan melicinkan kulit anda.


1469205484-mc_071916_neck2

Tarte Maracuja Neck Treatment

Jika anda seorang sukakan apa-apa yang boleh membuatkan anda rasa seperti anda berada di spa, krim selembut sutera ini adalah sesuai untuk anda. Diformulakan dengan minyak Maracuja tercinta Tarte (penuh dengan asid lemak dan Vitamin C) untuk mencerahkan, melicinkan dan menegangkan, serta sodium hyaluronate dan ekstrak alga untuk memberikan penghidratan dalaman.


1469205486-1468955945-mc-071916-neck6

Origins Plantscription Anti-Aging Power Serum

Jika anda lebih suka serum, anda akan suka formula yang berasaskan tumbuhan ringan untuk leher dan kawasan dada yang produk ini tawarkan. Ia bukan sahaja boleh menghidratkan kulit yang kering, tetapi mempunyai banyak lagi tumbuhan botanik yang lembut dan vitamin untuk berikan anda kulit yang licin, anjal dalam masa beberapa minggu.

Sumber: Womansday.com

Show More

Related Articles

Back to top button