Gaya HidupKecantikan

Anda Seorang Yang Malas? Ini Adalah Makeup Remover Terbaik Untuk Anda!

Kadang-kadang ia seolah-olah seperti tidak kira berapa banyak make up wipes yang anda telah gunakan, makeup yang anda gunakan pagi tadi masih ada lagi kesan-kesannya pada kulit muka anda.

Di sini lah di mana dengan hanya satu sapu menggunakan air Micellar ini, semua masalah anda itu akan selesai! Ia telah diiktiraf sebagai produk ajaib yang mampu menghilangkan sebarang kekotoran yang melekat dengan hanya satu sapu. Jadi ia tidak menghairankanlah mengapa ia kerap muncul di mana-mana pop-ad akhir-akhir ini.

20151025110df

“Air Micellar telah datang sebagai makeup remover yang mudah, tidak kasar pada kulit dan juga sebagai pembersih muka anda,” kata Mike Swann, M.D., pakar di Swann Dermatology.

Ia adalah lebih mesra untuk kulit wajah anda daripada, makeup remover lain yang berasaskan alkohol yang boleh menghakis kulit dan menjadikannya lebih kering. “Kita semua dinasihatkan untuk jauhkan diri daripada sebarang produk rawatan muka yang keras untuk kulit kita kerana rawatan seperti itu boleh menyebabkan berlakunya keradangan,” katanya lagi.

Apa itu sebenarnya air Micellar ni?

 

garnier-micellar-water-4

“Air Micellar adalah air yang mempunyai misel, yang merupakan titisan minyak mikroskopik yang diselitkan dalam air,” kata Swann. “Misel-misel ini bertindak sebagai pembersih apabila mereka berinteraksi dengan perkara-perkara seperti kotoran dan makeup, kemudian mudah di basuh kerana mereka berada dalam air.”

Sisa misel yang ada akan melembapkan kulit anda, dan inilah mengapa orang ramai merasakan ia sangat menghidratkan dan lembut untuk digunakan. Berita ini mungkin akan kedengaran seperti satu mimpi yang indah kepada anda-anda yang tergolong dalam golongan orang yang malas kerana dengan produk ini, anda tidak lagi perlu risaukan rutin penjagaan kulit yang banyak dan menjengkelkan itu.

Jadi betul ke ia benar-benar boleh gantikan pencuci dan makeup remover?

 

garnier-vs-bioderma-micellar

Bagi kebanyakan orang, mungkin tidak. Walaupun ia mampu menyingkirkan makeup dan kotoran yang berlebihan dengan cemerlang, mungkin masih ada yang mahu mencuci muka mereka setelah menggunakan produk ini, terutamanya jika anda mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

Jika anda mempunyai kulit yang kering atau sensitif, menggunakan air misel sebagai pembersih utama dan makeup remover boleh memberi manfaat yang besar kepada anda disebabkan formulanya yang simple, kata Hadley Raja, M.D., pakar dermatologi di SKINNEY Medspa.

“Saya rasa masa yang terbaik untuk menggunakan air misel adalah apabila anda berada di mana sahaja, sama ada untuk travel atau selepas pulang dari gym apabila anda hanya mahu membawa sedikit barang dalam perjalanan anda,” tambah Swann.

Mahu mencubanya?

Anda boleh dapatkan produk ini di mana-mana cawangan Guardian atau Watson yang berhampiran dengan anda dengan hanya RM22.41 untuk satu botol air micellar jenama Maybelline dan RM72.68 untuk jenama Bioderma!

Sumber: womenshealthmag.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close