Gaya Hidup

Tempat Duduk Manakah Yang Paling Selamat Dalam Kereta Api?

Dalam kejadian kereta api Amtrak yang tergelincir di Philadelphia pada 12 Mei lalu, lapan orang telah maut dan beratus-ratus lagi cedera. Dan pada bulan Februari, sebuah lagi kereta api komuter telah berlanggar dengan sebuah kereta SUV dan enam orang terbunuh akibat kemalangan tersebut.

Apabila banyak peristiwa seperti ini berlaku, mungkin ramai penumpang yang akan takut untuk naik kereta api kerana takut kepada kemungkinan yang mereka akan mati atau cedera. Tetapi, tahukah anda yang ada cara untuk mengelak daripada sebarang kecederaan sekiranya berlaku kemalangan pada kereta api yang anda naik itu?

landscape-1431718785-commuter-train

Ia agak logik bahawa bahagian depan adalah tempat yang paling berbahaya sekiranya berlaku perlanggaran kepala dengan kepala, dan bahagian belakang adalah yang paling teruk jika kereta api berlanggar di bahagian belakang. Jadi, disebabkan isu ini, presiden kepada Persatuan Kebangsaan Penumpang Keretapi, Ross Capon mencadangkan penumpang untuk duduk di bahagian tengah apabila anda menaiki kereta api.

Perspective view of seats from the aisle inside a passenger train

train_seat2509928849

Selain itu, tempat duduk di bahagian lorong adalah lebih selamat daripada tempat duduk yang di tepi tingkap kerana anda berkemungkinan untuk kena kaca yang pecah dan terkeluar daripada kereta api sekiranya berlaku kemalangan.

Di samping itu, ada juga pakar-pakar keselamatan yang mengesyorkan tempat duduk yang menghadap belakang kerana penumpang akan ditolak ke tempat duduk mereka daripada tercampak ke hadapan, dan ini akan mengurangkan risiko kecederaan.

Akhir sekali, ia adalah lebih baik untuk mengelak kerusi-kerusi yang ada meja kerana meja boleh menyebabkan kemudaratan yang serius dan juga mungkin boleh memotong badan anda.

imagesk

P1150080

Walau bagaimanapun, ia adalah lebih baik untuk ingat bahawa tragedi seperti ini amat jarang berlaku. Kereta api masih salah satu daripada pengangkutan yang paling selamat.

Pada tahun 2013, terdapat 891 kematian berkaitan dengan kereta api di Amerika Syarikat, berbanding dengan lebih daripada 32,700 kematian akibat kemalangan jalan raya, menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

Oleh itu, sentiasa ingat untuk pilih dengan bijak tetapi jangan pula anda tertekan disebabkan hal ini. Seperti yang dikatakan oleh Kenneth P. Kolosh, pengurus jabatan statistik Majlis Keselamatan negara Amerika, “Malangnya tragedi memang boleh berlaku, tetapi pada purata tahunan, perjalanan kereta api adalah sangat selamat.”

Sumber: Goodhouseskeeping.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button