Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Renungan Untuk Anak Muda Daripada Mantan Menteri ‘UBER’

Renungan

oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar

Mantan Pemandu UBER/ Ketua Pegawai Eksekutif Maybank/ Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Telah lapan minggu berlalu sejak perkhidmatan saya sebagai Senator dan Menteri tamat pada 4 Jun 2016.

Ramai sahabat, saudara dan kenalan saya telah menanyakan aktiviti saya sejak itu dan apakah rencana saya untuk masa hadapan. Sehinggalah pengumuman lantikan saya sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) semalam, 29 Julai 2016 terjadi.

Sejak itu, saya menerima beratus ucapan selamat, doa dan kata-kata sokongan dan semangat dari sahabat dan ahli keluarga. Terima kasih semua. Saya berharap akan mendapat sokongan berterusan ini dalam jawatan terbaharu saya dan saya janji untuk menjalankan tugas sebaik-baiknya dengan jujur dan penuh integriti.

Alhamdulillah, lebih dari 28 tahun, saya telah diberi kesempatan untuk bekerja di pelabagai organisasi. KPMG, Bumiputra Merchant Bankers, Kumpulan FIMA, Amanah Capital Group, UEM Group, Telekom Malaysia (termasuk Celcom), Maybank dan kerajaan Malaysia.

Selain daripada dua pekerjaan saya yang pertama di KPMG dan BMB, saya tidak memohon untuk jawatan yang lainnya. Semuanya atas dasar jemputan.

Kunci dari pengajaran yang saya lalui untuk orang muda ialah untuk fokus dengan tugasan yang diberikan, buatlah sebaik mungkin dan reputasi itu akan menyusul. Pesaing yang ada akan turut mengakui kejayaan anda. Seperti yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di TM, saya telah didatangi oleh Pengerusi Maxis pada masa itu (Pesaing TM/Celcom) yang kini merupakan Pengerusi Maybank, untuk memimpin Maybank sebagai Pegawai Eksekutif Maybank dalam transformasi menjadi kumpulan perkhidmatan kewangan serantau. Setelah itu semuanya seperti yang anda ketahui sekarang.

Dalam semua langkah yang terjadi sebelum ini, selalunya saya akan memasuki sebuah organisasi baharu pada keesokan hari atau pada hujung minggu. Namun kali ini ianya berlainan. Saya telah memutuskan untuk berehat selama 2 bulan dan menetapkan semula keutamaan saya dan mengejar kembali masa yang telah ‘hilang’ bersama keluarga dan melakukan perkara yang saya mahu lakukan. Ia merupakan sebuah tempoh yang bermakna dalam hidup saya.

Dua minggu pertama telah dihabiskan sepenuhnya untuk menyelesaikan kerja dan menyediakan pejabat di Unit Perancangan Ekonomi untuk pengganti saya. Secara fizikal dan kontekstual. Dalam tidak sedar kita telah mengumpul pelbagai dokumen dalam tempoh tiga tahun. Saya rasa itu telah mencerminkan jumlah kerja selama tiga tahun. Terima kasih kepada anggota EPU, UKAS, DOSM, TERAJU, TalentCorp, EKUINAS, Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera dan semua yang telah menyokong.

Di akhir dua minggu tersebut, saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli kongsi Uber. Saya mahu merasai sendiri pengalaman untuk berkongsi kenderaan, bagaimana susah senangnya untuk mencari rezeki menggunakan teknologi terkini dan juga untuk memberi input kepada penggubal undang-undang. Sesuatu yang saya tidak dapat lakukan semasa menjadi Menteri.

Memandangkan kereta persendirian saya berusia 10 tahun, saya tidak dapat mendaftarkannya untuk perkhidmatan Uber. Namun Proton telah berbaik hati unruk meminjamkan kereta demo Perdana mereka yang baharu dengan syarat saya membantu mereka mempromosikan kereta tersebut. Sejak itu saya sendiri telah membeli Perdana 2.4 yang baharu sebagai tanda sokongan terhadap kereta nasional.

Saya juga telah mendapatkan rakan-rakan saya untuk menambahkan pendapatan perkongsian kereta saya untuk disumbangkan. Apa yang sepatutnya menjadi sesuatu yang tidak diketahui ramai, ianya telah menjadi pengetahuan umum apabila seorang penumpang dari Axiata bernama Firdaus telah memuat naik gambar ‘selfie’ di laman Facebooknya. 1f71Satu-satunya posting (dan merupakan satu-satunya penumpang yang mengenali saya) telah menjadi viral di media sosial dan telah dipetik oleh media arus perdana. Saya juga telah dipelawa oleh Harith Iskander untuk muncul dalam acara bual bicaranya ‘OHI talk show’! Menjadikan AWO, mantan Menteri dan ahli bank ini lebih dikenali sebagai pemandu Uber.

61468405325_390x390

Dalam pada itu, jumlah wang yang saya berjaya kutip ialah sebanyak RM210 dengan 17 perjalanan dan 11 jam memandu dalam masa 3 hari. Saya telah membayar RM10 untuk tol dan pihak Uber telah mengambil 25% bersamaan RM50 sebagai komisen dan tinggal RM150 sahaja di tangan saya.

Jika saya lebih rajin dan memandu atau kekal ‘online’ sepanjang masa selama empat jam berturut-turut, saya percaya saya boleh menerima pendapatan sebanyak RM300 untuk 10 jam memandu setiap hari. Dengan itu saya akan mendapat pendapatan sebanyak RM4,000 sehingga RM6,000 jika bekerja 25 hari dalam sebulan. Ini selari dengan maklumbalas oleh kebanyakan pemandu Uber/Grab. Saya berharap pihak Uber/Grab akam mengurangkan pengambilan komisen supaya lebih banyak bahagian akan diberikan kepada pemandu.

Walau bagaimanapun, saya akan menyerahkannya kepada Kerajaan dan SPAD untuk mengeluarkan polisi yang sebaiknya untuk isu perkongsian kereta dan transformasi industri teksi. Alhamdulillah saya telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM20,000 untuk Rumah Jagaan & Rawatan Orang Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Selangor. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyumbang.

Setelah pengalaman singkat berkongsi kenderaan, isteri dan saya telah menghabiskan minggu ketiga kami di Madinah dan Mekah. Ianya pengalaman rohani yang sangat memuaskan. Minggu keempat dan kelima telah dihabiskan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri bersama keluarga besar termasuk yang berada di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian, Johor. Pada minggu keenam dan ketujuh, saya telah menghabiskan masa mengunjungi sahabat handai dan menghadiri rumah terbuka Hari Raya. Kami juga telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi beberapa resort di Malaysia. Dari Belum Rainforest Resort di Tasik Temenggor, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh dan Mulu Marriott Resort, Sarawak.

Gunung-Mulu-National-Park-2
Taman Negara Gunung Mulu

Kita selalunya terlepas pandang perkara yang terdapat di rumah sendiri. Walhal resort dan tempat ini adalah sangat indah untuk dikunjungi. Di usia 130 juta tahun, Hutan Simpan Belum merupakan antara hutan simpan tertua di dunia. Lebih tua daripada Amazon dan Congo. Banjaran dengan mata air panas yang mengalir ke dalam vila peribadi adalah kelas antarabangsa.

Dan Taman Negara Gunung Mulu dengan rangkaian gua dan sungainya adalah sangat memukau pandangan. Kemuncaknya ialah melihat dua juta kelawar keluar dari Gua Rusa sebelum senja. Ini merupakan di antara pelbagai tempat-tempat indah yang terdapat di Malaysia. Kota Kinabalu, Langkawi, Pulau Pinang, Melaka untuk menamakan beberapa. Oleh itu mulalah untuk merancang ‘Cuti-cuti Malaysia’ dan ambillah kesempatan tawaran hebat dari Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo dari masa ke semasa. Saya selalu lakukan itu atas talian.

14487032676_d4500d587f_b
The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh

Tetapi ia tidak bermakna kita tidak patut meneroka tempat selain yang ada di Malaysia. Semasa saya menulis nota ini, isteri saya dan saya sedang berada dalam hari terakhir kami ‘honeymoon’ di Maldives. Ya, percutian bersama keluarga termasuk ibubapa dan keluarga besar adalah penting. Kita lakukannya setiap tahun. Walau bagaimanapun, dari masa ke semasa, ianya baik untuk menyemarakkan semula ‘magik’ hanya bersama pasangan anda. Ianya berjalan baik untuk saya. Saya pasti ianya juga akan berjalan dengan baik untuk anda.

Apa yang dilihat sebagai lapan minggu yang panjang, ianya telah berlalu dengan begitu cepat. Tibanya hari Isnin, 1 Ogos, saya akan memulakan “kehidupan baru” di PNB.

Apakah mandat yang diberikan kepada saya?

Saya gariskan tiga perkara:

  1. Menambah baik prestasi korporat PNB dan kumpulan syarikat;
  2. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam perniagaan dan sektor korporat; dan
  3. Memberi sokongan kepada kerajaan dengan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Terima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepada saya sebelum ini. Saya mengharapkan sokongan berterusan anda dalam peranan baru saya sebagai Pengerusi dalam institusi terpenting negara PNB.

Terima kasih dan salam sejahtera,

Abdul Wahid Omar
30 Julai 2016

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker