Gaya HidupPercutian

Ini Adalah Antara Tempat Yang Paling Kotor Dalam Bilik Hotel Anda

Sama ada anda pergi bercuti atau outstation untuk kerja, perkara terakhir yang anda mahu bimbang setelah penat-penat mengembara adalah: “adakah bilik hotel ini betul-betul bersih seperti yang dikatakan?”

Ternyata, ia memerlukan pembersihan yang lebih ketara daripada yang anda sangka. Menurut laporan siasatan oleh WKMG Local 6 di Orlando, banyak tempat di dalam sebuah bilik hotel walaupun telah dibersihkan secara harian, tidak mampu lulus dalam ujian kebersihan.

iStock_000006802363XSmall

Walaupun housekeepers mereka telah pun membersih bilik mandi, permaidani, dan tukar cadar katil, mereka sering mengabaikan beberapa perkara lain seperti remote, salah satu perkara yang paling kuat digunakan di dalam bilik.

Remote juga mengandungi E.coli, dan ini bermakna, situasi di mana seseorang mungkin telah menggunakan bilik air, kemudian tidak membasuh tangan mereka, keluar dan menggunakan alat kawalan jauh itu, adalah sesuatu yang benar” Jim Inglis, pengarah program untuk Program Pengurusan Restoran Hotel di Kolej Valencia.

hotelclean

Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja berita buruknya. Satu lagi perkara yang anda perlu tahu adalah, walaupun housekeepers mereka telah pun membasuh cadar hari-hari, cadar anda mungkin tidak berjaya dibasuh dengan kerap, kerana saiz mereka yang besar itu boleh menjadikan mereka sukar untuk dibersihkan. Jadi lain kali baik anda fikir dulu sebelum anda terus baring terlentang di atas katil selepas penat seharian.

in-room-dining-by-cafe-boulud

Selain itu, Jim turut memberitahu Local 6 yang “sekiranya anda mahu makan di bilik hotel anda, tempat yang paling bersih untuk makan mungkin di bilik air.”

Menurutnya lagi, “kebanyakan orang akan pilih untuk makan di atas katil walhal itu sebenarnya bukanlah tempat yang paling bersih sekali untuk lakukan demikian.

“Jadi anda boleh fikir sendiri lah daripada kenyataan ini, betapa tingginya kemungkinan yang katil anda itu adalah antara tempat yang paling kotor dalam bilik hotel itu.

Oleh itu, untuk membantu anda dalam isu ini, ikut beberapa tips ini apabila anda mahu menginap di mana-mana hotel sekalipun:

  1. Bawa kain sanitary wipes anda sendiri dan bersihkan setiap alat kawalan jauh yang ada
  2. Basuh apa-apa barangan kaca sebelum anda mahu menggunakannya dan yang paling penting sekali
  3. Berhati-hati dengan pepijat katil

Sebuah hotel lima bintang boleh mempunyai kemungkinan untuk mempunyai  mereka sebagaimana sebuah motel di tepi jalan ada. Jadi, sebelum membuat apa-apa tempahan, lihat apa-apa aduan yang ada mengenai hotel itu terlebih dahulu.

Sumber: Goodhousekeeping.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button