Gaya HidupKecantikan

7 Kesilapan Bercukur Yang Boleh Merosakkan Kulit Kaki Anda

Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya sejak anda mula bercukur, tetapi itu tidak bermakna yang anda sentiasa berjaya melakukannya dengan betul. Luka, bulu-bulu yang tidak tercukur, dan rasa pedih adalah perkara yang sangat biasa, tidak kira berapa mahir pun anda dengan menggunakan pisau cukur.

Berikut adalah beberapa kesilapan yang paling biasa pakar-pakar dermatologi dapat lihat wanita lakukan dan juga beberapa cara bagaimana untuk tidak melakukan kesilapan yang sama itu lagi nanti.

  1. Anda tidak menggunakan krim atau gel bercukur

 

shaving-mistakes

Bercukur secara kering adalah perkara yang paling teruk anda telah lakukan pada kaki anda. Walaupun ia menjimatkan masa, ia selalunya akan menyebabkan munculnya beberapa luka kecil yang akan kekal selama beberapa hari.

“Krim bercukur dan gel telah direka untuk membantu pencukur anda melakukan tugasnya secara perlahan-lahan di seluruh kulit anda tanpa melakukan sebarang penarikan,” kata Joel Schlessinger, M.D., pakar dermatologi dan penasihat RealSelf.

“Tanpa mereka, kulit anda pasti akan ditinggalkan dengan kesan luka, kerosakan kulit dan kerengsaan.” Walaupun dengan menggunakan air adalah lebih baik daripada tiada apa-apa langsung.

  1. Anda gunakan pencukur pakai buang anda untuk lebih daripada seminggu

HTB1MrNsGFXXXXafXpXXq6xXFXXXE

Anda perlu membuangnya sekali seminggu jika anda bercukur setiap hari. “Bilah yang tumpul lebih cenderung untuk menyebabkan lebam cukur, kerengsaan, dan luka, dan bilah lama boleh menarik bakteria, yang kemudian  boleh membawa kepada jangkitan,” kata Schlessinger.

Jika anda ingin proses pencukuran yang lebih rapat dengan jumlah kerengsaan yang sedikit, berikan tumpuan kepada berapa hari pencukur itu akan tahan sehingga ia jadi tumpul. “Jika anda rasa seperti ia menyebabkan berlakunya penarikan pada rambut atau kulit anda, terus buangnya” kata Dendy Engelman, MD, pakar dermatologi di Manhattan Dermatologi dan Pembedahan kosmetik di New York City.

  1. Anda cukur ke arah yang bertentangan daripada pertumbuhan rambut anda

 

Woman shaving legs in shower, low section, close-up

Ini hanya akan menyebabkan kesakitan pada kulit anda. Selain itu, bulu anda boleh tumbuh semula ke dalam kulit dan bukannya ke atas dan keluar.

“Terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, ia adalah lebih baik untuk mencukur hanya dalam arah yang sama di mana rambut anda tumbuh,” kata Schlessinger.

“Jika anda terdedah kepada luka kesan cukur dan bulu tumbuh kembali, sapukan gel atau serum, yang melegakan kerengsaan yang disebabkan oleh teknik penyingkiran bulu seperti bercukur.”

  1. Anda melakukannya dengan sangat cepat

 

506283149_XS

“Anda hanya akan merengsakan kulit anda, atau terlepas beberapa tempat untuk dicukur apabila anda cuba untuk mencukur dengan terlalu cepat,” kata Engelman.

“Sebaliknya, anda mahu menggunakan cara pencukuran yang teliti dan lancar untuk mengelakkan sebarang masalah kulit.”

Jika anda telah melukakan kaki anda, perkara terbaik untuk dilakukan ialah letakkan sedikit tekanan ke atas kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti.

  1. Anda guna terlalu banyak tekanan

 

SONY DSC

“Semakin kuat anda meletakkan tekanan ketika mencukur, itu hanya akan membuatkan permukaan kulit anda menjadi lebih tidak sekata, kerana anda sebenarnya telah mewujudkan lubang-lubang kecil di kawasan anda cukur itu,” kata Engelman.

Banyak pencukur multi-bladed yang mencukur di bawah kulit anda, dan itu akan menyebabkan bulu tumbuh dan jangkitan apabila anda menekan terlalu keras.

  1. Anda tidak membuang lapisan kulit mati terlebih dahulu

body-scrub-exfoliating-legs

Untuk mengelakkan lebam, anda perlu menggunakan scrub sebelum mencukur. Ini kerana ia akan membuang sel-sel kulit mati, dan membolehkan proses mencukur anda untuk jadi lebih mudah. “Scrub bukan sahaja exfoliate kulit anda, tetapi ia juga akan membersih dan membantu melembapkan kulit.”

  1. Anda tidak menggunakan pelembap selepas bercukur

aid1332760-728px-Shave-Your-Legs-and-Underarms-Step-2

“Ia lebih baik untuk melembapkan kulit anda sebaik sahaja anda melangkah keluar dari bilik mandi,” kata Schlessinger, kerana memakai pelembap semasa kulit anda masih lembap mampu membantu semuanya. Jika anda tidak lakukan langkah ini, lapisan atas kulit anda akan menjadi kering dan dehidrasi dengan lebih cepat disebabkan pengelupasan dan bercukur tadi.

Sumber: womenshealthmag.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close