Gaya HidupKesihatan

Ini Adalah Cara Untuk Keluarkan Duri Dengan Betul

Keadaan ini yang juga dikenali sebagai selumbar. Ia terjadi apabila serpihan objek asing seperti kayu, duri, kaca, plastik, atau logam yang patah dan tertusuk ke dalam kulit anda. Apabila ini berlaku, anda akan alami pengalaman yang paling menjengkelkan dan menyakitkan dalam dunia.

Oleh itu anda perlu mengeluarkannya dengan pantas, bersih, dan dalam satu bahagian, supaya tidak meninggalkan sebarang serpihan di belakang, kata Dr Amy Derick, M.D., Pakar Dermatologi di Universiti Northwestern.

“Badan anda juga akan membina tisu parut di sekitar yang terkena selumbar itu, dan ini akan menyebabkan simpulan menyakitkan pada kulit anda,” kata Dr. Derick. Dengan mengeluarkan serpihan itu dengan bersih, boleh membantu mencegah masalah tersebut daripada berlaku. Ikuti tiga tips-tips mudah ini untuk belajar bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

  1. Basahkan kawasan yang tertusuk

aid116446-728px-Remove-a-Splinter-Step-3-Version-5

Basahkan dengan air suam selama satu atau dua minit untuk melembutkan kulit, kata Dr Derick. Jika kawasan tertusuk berada di jari atau kaki anda, anda boleh selamkannya terus ke dalam air. Bagi kawasan yang lebih besar seperti betis atau peha anda, anda boleh menggunakan teknik warm compress.

  1. Kumpul alatan anda

aid4720862-728px-Remove-a-Deep-Splinter-Step-1-Version-2

Jika anda sudah dapat lihat sedikit serpihan itu, anda boleh teruskan kepada langkah yang ke-3. Tetapi jika serpihan masih berada di bawah permukaan, anda perlu ikut langkah ini. Cari jarum yang nipis, dan lap jarum itu dengan alkohol untuk mensterilkanya. Anda juga memerlukan penyepit kecil (tweezers)

Dengan menggunakan hujung jarum, buat lubang kecil pada kulit anda di atas pinggir serpihan supaya anda boleh mengaksesnya. Walau bagaimanapun, jangan pula anda mengorek dengan dalam kerana itu boleh membuat luka dan kemudian jangkitan, kata Dr Derick.

Jika ia tidak kelihatan mudah diakses —  contohnya, anda hampir tidak dapat melihatnya, atau selepas satu atau dua cubaan dengan jarum, anda tetap tidak dapatnya — tolak tepi jarum itu dan terus hubungi doktor anda untuk lakukannya untuk anda.

  1. Menariknya keluar

aid116446-728px-Remove-a-Splinter-Step-7-Version-4

Sebaik sahaja anda boleh melihat hujung serpihan itu terjulur keluar, gunakan penyepit kecil untuk menyepitnya sedekat mungkin dengan kulit anda. Kemudian, tarik ia keluar melalui arah yang serpihan itu masuk dalam kulit anda. Jika anda tarik ke arah yang bertentangan, itu hanya akan meninggikan risiko untuk buat serpihan itu patah, kata Dr Derick.

aid116446-728px-Remove-a-Splinter-Step-9-Version-4

670px-Remove-a-Splinter-Step-2-Version-3

“Walaupun anda mungkin pernah mendengar yang dengan memicit pun boleh keluarkan serpihan itu, jangan lakukannya kerana ia benar-benar boleh membuat serpihan itu patah,” katanya lagi.

Sebaik sahaja anda berjaya keluarkan serpihan itu sepenuhnya, bersihkan kawasan tersebut dengan sabun dan air, dan sapu sedikit Vaseline untuk menghalang bakteria dan tutupnya dengan Band-Aid. “Jika ia menjadi merah, bengkak, atau menyakitkan, jumpa doktor dengan segera kerana ia mungkin telah dijangkiti,” kata Dr. Derick.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai serpihan yang terperangkap dalam kawasan yang susah untuk anda lakukannya sendiri, contohnya di belakang kuku anda — serahkan kepada pro untuk menghapuskannya. Ini kerana serpihan yang masuk pada lokasi yang sukar seperti itu adalah agak susah untuk dikeluarkan, dan lebih cenderung untuk dijangkiti jika tidak dikeluarkan dengan betul.

Sumber: Menshealth.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button